Assalammualaikum,
Saya sekarang sudah bergelar Saudagar..Alhamdullilah rezeki di bulan Ramadhan...Blog ni pun saya sudah jarang melawat..agak sibuk sejak dua menjak nie..Banyak yg hendak diuruskan..Oleh itu jadilah follower dan jenguk - jenguk lah barangan saya, sejadah raudah, hijab al-zahra dan juga 2 tones pashmina shawl di :
http://ogyboutique.blogspot.com/
Produk produk yg lain juga akan menyusul..jadi Rela lah Menanti......
Kisah Cik Minah pula, nanti akan ada juga kesinambungannyer di blog nyer sendiri...Tunguuuuuu!!!!!!
MIKAIL ( MICHAEL JACKSON )
1958 - 2009
Minta maaf la sebab da lama betul tak update blog saya nie. Terlalu sibuk dengan latihan teater Intan Yang Tercanai, lakonan drama terbaru saya yang bertajuk DIVA-DIVA PENCEN, kena hadir meeting untuk konsert Jamal Abdillah dan mengacara majlis Laman Santai di Istana Budaya, bukan mengacara jer kena nyanyi lagi. Terlalu sibuknya Cik Pojiah nie sampai Cik Minah da merajuk kat Cik Pojiah. Cik Minah bila merajuk teramat lama la nak memujuk dia kalau buat drama adegan Cik Pojiah memujuk Cik Minah boleh overrun la adegan pujuk memujuk nie tapi Alhamdulillah Cik Minah faham Ummi dia gi keje bila Cik Pojiah terangkan kat dia kenapa semenjak dua menjak nie Ummi dia asyik balik lewat je.
Banyak sangat cerita yang nak di ceritakan mengenai aktiviti saya sepanjang bulan nie tapi sebelum tu saya juga nak luahkan rasa kesedihan saya diatas kematian KING OF POP MICHAEL JACKSON. Masih ingat lagi pergi menonton konsert beliau ketika beliau mengadakan konsertnya di Kuala Lumpur. Michael Jackson memang ''HEBAT TERAMAT SANGAT SEBAGAI SEORANG PENGHIBUR'' tapi yang akak tak boleh lupa kehadiran seorang lelaki yang berpakaian lengkap seperti seorang pahlawan JAWA, dia duduk dikalangan penonton dan nampak relaks jer sambil menghisap curut, akak ni mata seorang pengarah jadi dok perhatikan dia la dan hati dok bertanya siapakah gerangan jejaka itu??? Penonton yang hadir malam tu semua excited giler dok teriak nama Michael sebelum lagi Michael muncul di pentas termasukla akak nie!!! Ya lah, akak kan membesar dengan lagu2 dan menonton video clip Michael Jackson yang memang VASS la kan masa tu sampai sekarang ni pun kita tak dapat lupakan lagu2 dan video clip beliau seperti ''BEAT IT, THRILLER dan banyak lagi la.
Berbalik kepada jejaka berpakaian Jawa tu akak pun terus lah memerhatikan dia tak berkelip mata akak nie sebab dah la pakaian dia tu memang VASS dia mempunyai wajah yang sungguh berkarektor,akak pun mula la kepoh tanya kat kawan kakak yang merupakan anak saudara penganjur konsert. Dialog akak 'Wafa, siapakah gerangan jejaka mirip seorang pahlawan dari kepulauan Jawa itu?' Dialog Wafa ' Kenapa? Kak Ogy berkenan ker??' Dialog Akak 'Gila ko dik, abang Eman tu akak nak letak kat mana?'(Masa tu akak masih bersuami tapi dia tak gi tengok konsert) Dialog Wafa 'Habis tu kenapa nak tau? Berkenan la tu kan,kan,kan? Dialog Akak 'Ko jangan mengarut wafa, akak tanya sebab berkarektor sungguh la wajah dan penampilan dia. Ya la semua yang datang pakai t shirt dengan jeans dok jerit2 lagi nama Michael tapi jejaka tu unik la..relaks jer macam dia tak amek pot pun yang ni konsert Michael Jackson?? Dialog Wafa 'Hahaha...kak ogy ni entah apa2 la tau!! Dia tu BOMOH HUJAN pakcik adik yang panggil dia untuk standby manala tau tiba2 jer hujan jadi dia boleh alihkan. Dialog Akak' Ohh..ye ker??Mana la Akak tau, sebab selama nie orang kawin jer BOMOH HUJAN ni enter frame tak sangka pulak konsert artis antarabangsa pun BOMOH HUJAN in demand yer??
Dengan itu maka terjawablah misteri Jejaka Wajah Berkarektor Berpakaian Jawa. Menonton konsert MICHAEL JACKSON pada malam tu merupakan suatu kenangan yang tak akan saya lupakan sampai bila2. Beliau memang dilahirkan untuk menjadi seorang PENGHIBUR, memang saya tidak pernah bertemu MICHAEL tapi saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau dan saya mengucapkan syukur kehadrat ALLAH SWT apabila beliau memeluk agama ISLAM dan bila mendapat berita mengenai kematian beliau saya memang rasa terharu. Kakak saya, Noraini menangis giler sampai habis berkotak2 tisu di rumah saya. Saya takdelah sampai menangis tapi teringat lagu BEN yang dinyanyikan oleh beliau kerana lirik dan nyanyian beliau amat menyentuh hati saya hingga ke hari ini.
THEY DON'T SEE YOU AS I DO
I WISH THEY WOULD TRY TO
UNTIL WE MEET AGAIN
IF YOU HAVE A FRIEND
LIKE BEN......
Whatever people might think of u to me, MIKAIL YOU ARE TRULY A LEGEND AND YOUR MUSIC WILL LIVE ON FOREVER. MAY ALLAH SWT BLESS YOU MIKAIL, AND NOW U ARE SAFE WITH YOUR CREATOR. AMIN
AL FATIHAH
HAJI AHMAD DAUD
12.3.1932 - 11.6.2002
Simfoni rayuan kalbu
Membisik rasa pilu
Hati rindu
Pohon daku di angin lalu
Bawakan lah simfoni syahdu
Sampaikan lah rayuan hatiku
Untuk mu simfoni kasih ku
Itulah lagu ''SIMFONI KASIH'' ciptaan arwah ayah saya Hj Ahmad Daud dan lirik nya di pena kan olih Dato Rahim Razali.Lagu ini merupakan lagu tema untuk filem ''ABANG'' dan saya diminta untuk menyanyikan nya. Memang bukan mudah untuk menjadi seorang penyanyi lagi-lagi kalau penerbit lagu itu merupakan ayah saya sendiri.Arwah ayah begitu teliti dengan sebutan, teknik nyanyian,pernafasan,pemahaman cerita disebalik lirik,phrasing,dan berkali-kali beliau katakan kepada saya bahawa nyanyian itu adalah sebuah penceritaan jadi bagaimana Fauziah nak sampaikan cerita dengan berkesan kalau Fauziah sendiri tak faham apa yang Fauziah nyanyikan?Bagaimana mereka yang mendengar nyanyian Fauziah dapat merasakan apa yang Fauziah nyanyikan kalau Fauziah sendiri menyanyi tanpa emosi?
Ya,itulah ayah saya seorang Biduan yang begitu teliti, dedikasi dan mementingkan mutu melalui hasil kerja nya. Seorang penyanyi, penghibur,pelakon,pengacara yang disegani ramai.Setiap kali beliau berada diatas pentas beliau berjaya memukau penonton dengan lawak spontan nya,nyanyian nya,tiupan daun nya. Itulah kelebihan beliau,dapat melahirkan melodi lagu dengan tiupan daun nya,beliau mempelajarinya dari seorang askar berketurunan GURKHA ketika beliau masih lagi bersekolah di Penang Free School dan setiap kali saya melihat ayah diatas pentas saya rasa kagum dengan kehebatan bakat yang ALLAH telah anugerahkan kepada nya.
Ayah..hari ini genap tujuh tahun ayah kembali ke rahmatullah.Terlalu banyak kenangan indah,manis,lucu bersama ayah.Fauziah rindukan kucupan ayah di dahi Fauziah setiap kali kita bertemu,Fauziah rindukan gurau senda ayah yang sentiasa menceriakan suasana,Fauziah kagum dengan sifat ayah yang gemar menolong sesiapapun tanpa mengira bangsa dan agama, Fauziah kagum dengan sikap ayah yang peramah dan nasihat ayah kepada Fauziah supaya jangan sombong pada peminat Fauziah akan pegang nasihat itu hingga ke akhir hayat Fauziah. Ayah selalu beritahu Fauziah ''TAKUT PADA ALLAH TAPI SENTIASA MENGHORMATI SESAMA INSAN TAK KIRA MEREKA ITU TUA ATAU MUDA''
Ayah...Fauziah masih ingat betapa kecewa nya ayah apabila Fauziah tidak berjaya didalam bidang akademik seperti yang ayah harapkan kerana ayah ingin sangat melihat Fauziah bergelar ''GURU'' seperti arwah datuk Master Md.Hashim tetapi ayah, sekarang Fauziah dah pun bergelar seorang ''GURU'' walaupun ''GURU'' dalam bidang seni lakon dan Fauziah pasti kalau ayah masih ada di dunia ini ayah akan tersenyum dengan pencapaian anak ayah ini dan Fauziah juga sudah bergelar seorang ''IBU'' kepada anak yang diamanah kan ALLAH untuk Fauziah memelihara nya hingga ke akhir hayat Fauziah. Ayah...Fauziah mohon maaf tidak dapat memberikan cucu kepada ayah ketika Fauziah di alam rumahtangga, Fauziah hanya mampu merancang ayah tapi ALLAH yang menentukan dan Fauziah bahagia sangat dapat jugak bergelar ibu kepada cucu ayah yang bernama Nuraminah Aishah dan setiap kali dia mendengar lagu ayah diputarkan di radio atau menatap wajah ayah dikaca tv dia akan memanggil "DaDa"(makna nya datuk dalam bahasa Urdu arwah datuk dari Pakistan jadi semua cucu-cucu ayah memanggil dia dengan panggilan ''Da-Da''.) Sayangnya, Aminah tidak dapat merasai kasih sayang seorang datuk dan Fauziah redha dengan ketentuan Allah S.W.T
Ayah...Fauziah juga ada mendengar cerita lucu mengenai ayah dari sahabat2 ayah. Antaranya, Ramli M.S yang merupakan penerbit album Panca Sitara, dia ada menceritakan pada Fauziah yang beliau menyuruh ayah menjadi saksi di hari penikahannya dan dia bertanya pada ayah "Abang Mad, berapa saya nak kena bayar untuk jadi saksi, ayah cakap bayar 5 ringgit cukuplah" jadi Ramli pun bayarlah kepada ayah dan Aziz Satar, tapi uncle Aziz Satar tanya balik pada Ramli, kenapa bayar 5 ringgit jer? Ramli pun jawab " Dah Abg Mad yg suruh, saya manalah tau, saya tak pernah kahwin, baru ni saya berkahwin". Uncle Aziz Satar pun berkata "Gila ke Ahmad Daud ni, adakah jadi saksi bayar 5 ringgit. Dia ingat ni zaman Jepun??? Ramli pun menjawab "Saya tak tau apa2 Abg Aziz, saya ikut aje apa Abg Mad suruh". Bila Fauziah dengar cerita ni dari Ramli memang Fauziah gelak besar, mengenali perangai ayah, ayah memang seorang yang melakukan sesuatu dengan ikhlas, kerana bagi ayah nilai persahabatan itu lebih besar nilainya dari wang ringgit.
Ayah....Fauziah masih ingat ketika Fauziah memberitahu kepada ayah dan mak yang Fauziah nak mengerjakan umrah pada esok harinya iaitu pada 9.12.1999. Ayah terperanjat dan bertanya pada Fauziah " Awat tak habaq awal2??" Sajer jer Fauziah tak mau beritahu awal2 dan esoknya ayah menghantar Fauziah ke KLIA dan ayah sanggup menunggu hingga pesawat berlepas. Bila Fauziah pulang ke tanah air ayah yang datang menjemput di KLIA dan Fauziah berteriak apabila melihat kelibat ayah. Ayah terperanjat dan berkata "Ehh!! sapa pulak pompuan Arab yg dok teriak nama saya??" Fauziah berkata "Ini Fauziah lah ayah...anak ayah...Fauziah" Ayah nampak terperanjat dan terus memeluk Fauziah begitu lama dan erat. Bila ayah melepaskan pelukan ayah menatap wajah Fauziah dengan begitu lama dan terus membawa Fauziah pulang dan bertemu mak di rumah di Taman Melawati. Sesampai di rumah ayah bertanya " Apa sebenarnya terjadi di Mekah Fauziah??" Fauziah hanya menjawab " Fauziah dah dapat ketenangan jiwa yang Fauziah cari selama ini." Mak mengucapkan syukur ke hadrat Allah dan Fauziah dapat melihat air mata ayah bergenang. Ayah.....penghijrahan Fauziah telah menimbulkan spekulasi, kontrovesi dan pelbagai andaian yang dilemparkan kepada Fauziah, tapi Fauziah bersyukur ayah dan mak sentiasa berada di sisi Fauziah kerana ketika itu Fauziah sendiri tidak memahami apa yang sebenarnya yang Fauziah lalui sehinggalah dijelaskan oleh Uztaz Hakim guru agama Fauziah. Ayah...bagi seorang anak yang banyak melakukan kesilapan, penghijrahan Fauziah merupakan hadiah yang terbaik yang pernah Fauziah berikan kepada ayah dan mak dan Fauziah bersyukur ke hadrat Allah SWT ayah diizinkan melihat penghijrahan Fauziah.
Ayah....Fauziah tidak boleh lupa pada petang raya tahun 2001, ketika Fauziah memasukkan duit raya dalam paket, tiba2 Fauziah tersedar yg ayah sedang menatap wajah Fauziah dengan pandangan yg begitu sayu. Fauziah bertanya "Kenapa ayah?" tapi ayah hanya tersenyum. Rupa2nya ayah seakan merasakan bahawa itulah raya yang terakhir buat ayah...
Ayah.....pada hari lahir ayah yang ke 70 tahun 2002, kami meraikannya di rumah dengan mengadakan majlis doa selamat, seperti biasa ayah begitu ramah melayan para tetamu. Setelah mereka pulang, ayah ada berkata pada Fauziah "Fauziah, ayah rasa ayah dah tak lama lagi ni" "Kenapa ayah cakap macam tu, ajal maut kan urusan Allah. Kita baru sama2 menyambut hari kelahiran ayah." Ayah tidak menjawab dan hanya tersenyum..
Ayah.....3 bulan selepas itu ayah dimasukkan ke Hospital Gleneagles di Ampang dan doktor yg merawat ayah memaklumkan pada Fauziah ayah tiada harapan untuk hidup. Bila saje Fauziah mendengar kata2 doktor itu Fauziah terus meluru dan memeluk ayah yg ketika itu di wad ICU. Fauziah terus mencium tangan, wajah, dahi ayah dan Fauziah berkata " Ayah, tolong ampunkan segala dosa2 Fauziah, halalkan makan minum Fauziah, tolong ampunkan Fauziah ayah. Banyak dosa Fauziah pada ayah." Sambil kita berpelukan erat, ayah berkata "Ayah ampunkan segala dosa2 Fauziah dan anak2 ayah yg lain.Ampunkan ayah juga Fauziah kalau ayah ada lakukan silap pada Fauziah". Ayah tak pernah melakukan apa2 dosa pun pada Fauziah. Berulangkali ayah berkata "Fauziah, tolong jaga mak baik2 bila ayah takde, janji dengan ayah. Jangan sakitkan hati mak. Dia itu mak..." Fauziah janji ayah, sampai bila2 Fauziah akan jaga mak. Ayah juga berkata " Fauziah, semasa Fauziah pulang dari Umrah dan ayah memeluk Fauziah di KLIA, hati ayah berkata anak ayah sudah berubah." "Alhamdullilah, semuanya berkat doa ayah dan mak."
Ayah pulang mengadap PENCIPTANYA pada tanggal 11.6.2002 di hospital. Bila berita kematian ayah tersebar dan ketika jenazah di bawa pulang ke rumah, Fauziah lihat ramai yang menanti untuk menyambut jenazah ayah dan tidak putus2 ayat quran dibacakan. Ayah...berkat kesungguhan ayah untuk mendapatkan hak tapak yg selama ini adalah tapak badminton untuk dijadikan sebagai masjid yg diberi nama Masjid Al Hidayah di Taman Melawati, jenazah ayah merupakan jenazah yg pertama yg dimandikan, dikafankan dan disolatkan di masjid itu. Ayah...Fauziah rasa terharu dan bersyukur melihat betapa ramainya org yg mendirikan solat jenazah untuk ayah..
Ayah...Dua hari selepas ayah pulang ke rahmatullah, seorg lelaki India bernama Bachan dtg ke rumah dan bertanyakan ayah. Fauziah berkata ayah telah pun tiada. Dia tanya ke mana ayah pergi. Fauziah kata ayah telah meninggal dunia. Dia terus menangis teresak2 sambil berkata "Ya Tuhan, kenapa tidak ambik aku, kenapa ambik itu Tuan Haji. Dia org baik." Fauziah bertanya "Macam mana awak boleh kenal ayah saya?" lalu dia menceritakan dia seorg yg daif, memerlukan wang untuk hemodialisis, jadi pada satu hari dia lapar dan takde wang untuk makan dan dia mencari makan dlm tong sampah depan rumah ayah. Bila ayah melihatnya, ayah memanggil dia masuk ke dalam rumah dan menyediakan makanan, dia pun memberitau masalah dia pada ayah yg dia perlukan wang utk rawatan penyakit dia. Dia juga meminta belas ihsan dari satu rumah ke satu rumah tetapi kebanyakkannya tidak menghiraukan malah ada juga yg terus menutup pintu. Terus ayah berkata " Mulai sekarang kalau awak perlu makan dan wang datang jumpa saya, saya akan tolong awak."
Ayah....pada majlis tahlil ayah yg ke 40 hari, Bachan datang ke rumah ketika kami sedang membaca Yassin. Selesai majlis dia datang menghampiri Fauziah dan berkata " Kakak, saya sudah peluk Islam". Fauziah mengucapkan syukur ke hadrat ALLAH SWT dan bertanya "Bila?" Dia menjawab "Pagi tadi dan nama Islam saya Muhammad Bachan Abdullah. Saya ingat Tuan Haji (ayah) banyak cerita tentang Islam pada saya. Kakak, saya mau minta sejadah, kain pelikat dan songkok Tuan Haji. Boleh tak kakak kasi sama saya sebab saya mau solat." Fauziah terus menangis dan di hati Fauziah berkata "Inilah amalan yg empunya diri dan Allah saja yg tau." Mak, saya dan adik beradik juga tidak pernah tau akan kebaikan yg ayah telah lakukan terhadap Hamba Allah ini. Kami semua menangis tanda syukur kerana ayah telah berjaya memberi sinar Islam bukan hanya kepada Bachan tetapi pada beberapa sahabat ayah yg lain.
Ayah......Salah satu kenangan yg Fauziah tidak boleh dapat lupakan apabila Fauziah dinobatkan sebagai Penghibur Paling Popular Anugerah Skrin 1997, ayah yg menyampaikan anugerah itu kepada Fauziah. Fauziah mengucup tangan ayah dan memeluk ayah, ayah membisik di telinga Fauziah "Ayah bangga dengan Fauziah". Pada saat itulah Fauziah merasakan yg Fauziah telah berjaya menebus balik rasa kekecewaan ayah apabila Fauziah gagal dalam bidang akademik tetapi Fauziah berjaya di dalam bidang seni yg Fauziah pilih ini.
Ayah.....Fauziah berbangga dianugerahkan insan yg berhati mulia yg bernama Hj Ahmad Daud sebagai ayah Fauziah. Terima kasih ayah kerana memberi kasih sayang, didikan ilmu dunia dan akhirat, membesarkan Fauziah, ayah sentiasa mendoakan Fauziah dan merestui Fauziah berkecimpung di dalam industri seni ini. Nasihat ayah kepada Fauziah akan sentiasa Fauziah pegang iaitu jaga displin, mesti ada ilmu, berusaha dengan keras, tiada jalan pintas untuk berjaya, jangan sombong pada peminat dan jangan sesekali berlagak, dan Fauziah juga ingat pesanan ayah ni sampai bila2.."Seorang insan seni tidak akan membawa apa jua masalah dia apabila dia berada di atas pentas kerana tanggungjawab dia adalah untuk menghiburkan org. Jadi apa juga masalah yg kita ada, kita tinggalkan di belakang pentas"
Ayah......Fauziah mendoakan ayah bahagia disisi ALLAH SWT dan ditempatkan di golongan orang - orang yang beriman dan soleh dan menjadi ahli Syurga ALLAH SWT...
Ayah.....suatu hari kita pasti bertemu.
Fauziah amat sayang dan rindu pada ayah....
Ayah ketika di Singapura
Mak, Ayah, Seniwati Dayang Sofia & Seniwati Sarimah
Ketika saya berusia satu bulan
Ayah, Mak, Saya & Nenek (Allahyarhammah Hjh Maimon Haris )
Rumah kami di Singapura, kakak saya, Noraini, saya & Ayah
Mak, Saya & Ayah ketika saya berusia setahun
Gandingan pertama saya dan ayah di dalam Rancangan Hiburan Minggu Ini ketika latihan di RTM
Kami berdua mendendangkan lagu Simfoni Kasih.
Ayah dan saya di pra tonton filem Suara Kekasih
Gambar atas : Ayah dan sahabat di rumah
Gambar bawah: Ketika kami berada di negara Perancis
Ayah ketika membuat persembahan di Dewan Sri Pulau Pinang
Ayah ketika bekerja di PERFIMA
Penghibur Sepanjang Zaman
Di sinilah bersemadinya seorang insan seni yang bernama Hj Ahmad Daud Md Hashim
AL - FATIHAH
Hmmm....tak habis2 Kisah Cik Minah dan Cik Pojiah ni!!!
3:28 PM
/
Posted by
ogy ahmad daud
/
comments (91)
Assalammualaikum,
Ni Cik Pojiah yang dah sedar dari pengsan. Mcm mana tak pengsan, ada ker si Cik Minah cakap lum boy pren lagi lah Ummi, baru nak mengenali hati budi masing2!! Itu kan dialog celebriti di Malaysia, bila wartawan ajukan soalan, "betul ke u tgh bercinta?" mesti jawapan mereka a: no comment b: teman tapi mesra dan c: kita baru nak mengenali hati budi masing2..jadi yg membuat Cik Pojiah pengsan, macam mana Cik Minah boleh tau salah satu daripada jawapan klise nie?? Adakah dia menonton rancangan Melodi??rasanya tidak, sebab rancangan kegemaran dia adalah Astro Oasis - Indahnya Iman dan juga rancangan dari saluran Astro Zee, alaa, saluran hindustan tu, siap tau nyanyi lagu tema Astro Zee lagi dan nak kata baca suratkhabar memang belum pandai lagi..a b c pun tak lepas..jadi ini yang membuat Cik Pojiah tepuk dahi lalu pengsan kerana macam mana dia boleh dapat jawapan yg pelik bin ajaib ni!!!..Tapi apapun saya pengsan dalam keadaan yg beriman!! Alhamdulliah
Jadi seperti biasalah, si Cik Minah ni tgk Umminyer dah sedar ajaklah Umminyer berjalan lagi, dia ni memang suka sangat berjalan2, maklumlah skrang dah pandai berjalan, masalahnyer plak Ummi nyer yg tak larat..Maklumlah urat2 semua dah masuk dalam kategori ''REMAJA PURBA" hahaha ( Kalau tak kelakar tlg jangan ketawa )
Ok lah, kita pun taknak story morry strawberry panjang lebar, kita terus ke adegan Cik Minah dan Cik Pojiah di Ikano Shopping Complex...
Celoteh Ogy
Mempersembahkan
Kisah Cik Minah dan Cik Pojiah
Hello, saper tuh?? Shasha sini. Ohh Pak Simon?? Simon Cowell ker Simon Cornbeef ??..Oooo Simon Cowell yg nak manage Shasha tu??.. Sorry lah Pak Simon, i'm busy rite now..Can u call me back later? Hah!!! tak boleh.?? Apa ni I belum lagi sign contract dengan u, u dah berani kritik i iyer??
Ummmiiiii!!!! Shasha kena kritik dgn Pak Simon..Shasha sedih tau....Ummi tolong kritik dia balik. Lalu telinga Cik Pojiah pun jadi kembang kuncup mendengar aduan Cik Minah dan melihat lelehan air mata anaknya. Cik Pojiah berkata " Pak Simon ni belum kenal lagi siapa SINGA AF MALAYA ni. Takpe Cik Minah nanti Ummi akan emel MEMO pada Pak Simon Cornbeef ni, Cik Minah jgn nangis2 lagi,ni bukan cerita TRAGEDI SERI MERSING."
Cik Minah kalau nak jadi artis kna pandai posing tau.Mari Ummi ajar, Ummi ni dulu memang RATU POSING sampaikan jurugambar tak larat nak amek gambar Ummi. Cik Minah bertanya "kenapa jurugambar tak larat Ummi?" Cik Pojiah menjawab "Sebab posing Ummi terlalu ABSTRAK, juru gambar tak paham mcmana nak TERJEMAHKAN NYA!!!"
Posing mcm ni ABSTRAK tak Ummi??? Peminat Shasha boleh terjemah kan tak apa yang Shasha cuba sampaikan melalui renungan mata Shasha? Cik Pojiah menjawab, "Dari perspektif seorang PENGKRITIK...Ummi rasa renungan mata Cik Minah terlalu ABSTRAK sehingga ianya telah berjaya menembusi ulu hati Mamat Bangla yang dari tadi dok usha Cik Minah." Nak kena voice over Cik Pojiah Mamat Bangla ni!! Mamat tu plak macam tau2 jer nak kena laser Cik Pojiah, kelam kabut dia off frame.
Adegan suspens!! Lokasi : kedai jual beruang. Pelakon: Cik Minah dan Cik Pojiah dan Seekor Beruang. Kelihatan dua beranak sedang berebut beruang yang tidak berdosa itu dan jikalau beruang itu boleh bersuara dia akan berkata " Tolong!! tolong!! saya tidak bersalah. Kenapa kaki saya di atas dan kepala saya di bawah? Saya tak usha pun Cik Minah, Cik Pojiah.." Pergelutan terus berlaku sehingga Jabatan Imigresen terpaksa campur tangan kerana di dapati visa beruang itu telah tamat tempoh..Kesian pulak kat beruang tu, terpaksa pulang ke pangkal jalan.
Cik Minah dan Cik Pojiah memberi lambaian terakhir pada beruang yang tiba2 jer terpaksa dijadikan sub plot dalam kisah ini. Sambil tersenyum Cik Pojiah berkata " Cik Minah, inilah yg dikatakan pose yg ABSTRAK." Cik Minah bertanya " Kenapa Ummi? " Cik Pojiah menjawab " Sebab bukan mudah org nak menterjemahkan lambaian tangan Ummi ini kerana banyak yg tersirat dari yg tersurat di sebalik lambaian ini." Kelihatan wajah Cik Minah langsung tak paham apa yg Cik Pojiah cuba sampaikan. Dalam hati dia berkata, Ummi ni menjerebukan minda Shasha lah seperti cuaca sekarang.. Shasha baru 1 tahun 6 bulan manalah nak paham perkataan ABSTRAK la, Tersirat dan Tersurat la...Heeeiiii!!! Shasha boleh kena tekanan mental tau!!!..
Itulah tadi Kisah Cik Minah dan Cik Pojiah. Harapan kami berdua semoga anda semua tidak bosan membacanya. Pasal Cik Wawa pulak, kami sedang menyiapkan sinopsis nya sebab ahli panel skrip si Cik Minah ada jer yg dia tak puas hati.
Ok, cukup sampai di sini sayang Celoteh Ogy untuk kali ini.
Terima kasih semua
Celoteh Shasha...Oooppss! Sorry Ummi Celoteh Cik Minah!
7:32 PM
/
Posted by
ogy ahmad daud
/
comments (43)
Assalamuallaikum
Apa kabar semua? Shasha sihat, kali ni Shasha yang nak berceloteh pulak!!! Kasi la Shasha chan kan asyik2 Ummi jer..lagipun Ummi tengah busy la dia asyik2 keje aje tinggalkan Shasha tiga hari dia gi mengajar berlakon kat Universiti Utara Malaysia tapi kan Shasha pelik la nape ek Ummi tak nak ajar Shasha berlakon??? Dia selalu cakap kat Shasha "Aminah, Ummi nak Aminah jadi Doktor!!! Tak payah la jadi Pelakon macam Ummi. Nanti bila Ummi da jadi Warga Emas, Aminah bole la jaga Ummi bila Ummi sakit ya sayang.'' Bila Ummi cakap cam tu mesti Shasha angguk kepala tapi kan Ummi tak tahu tau bila Ummi tak ada Shasha masuk bilik Ummi amek sikat Ummi pas tu Shasha sikat rambut Shasha depan cermin, nak tau apa Shasha cakap??? Hehehe...malu aaa nak britau sebab ni rahsia Shasha!!!
Ok la Shasha beritau ya..tapi kna janji tau tolong jangan beritau Ummi ek!!! Ummi tak marah lau dia tau pun...cuma Shasha jer tak sanggup la dengar VOICE OVER UMMI! Shasha cakap depan cermin dalam bilik Ummi apa tau?? "Wah,wah,wah..Cantik la!'' Hehehe.. Jangan laa ketawakan Shasha...!!! Shasha tak Perasan tau tapi Ummi yang selalu cakap "Anak Ummi cantik,anak Ummi bijak,anak Ummi comel,anak Ummi pandai,anak Ummi lasak,anak Ummi chengeng,anak Ummi soleha,anak Ummi beriman..siapa nama dia? Nuraminah Aishah!! Jadi Shasha tak salah la kan lau Shasha puji diri Shasha sendiri, sebab Ummi selalu cakap dialog puji jer kat Shasha..hehehe...Shasha kan sayang sangat-sangat kat Ummi(Ummi suruh Shasha cakap dialog nie) dan Shasha pun Sayang sangat kat Wawa. Nak tau siapa Wawa? Jeng,jeng,jeng..kuang,kuang,kuang...!!! Wawa adalah....kita tunggu episod "Kisah Cik Minah & Cik Wawa" Hehehe...
Ok la cukup sampai disini sayang (Shasha pakai dialog Ummi) celoteh Cik Minah aka Shasha hehehe..kali ni bukan celoteh ogy tau!!! Tima acih semua yang baca citer Shasha nie..Alamak!!! Ummi da voice over lagi "Aminah!! Buat apa tu?? Sini cepat! Mandi!! Ya Ummi!'' Tiba-tiba jer Ummi kat depan Shasha!!! "Wah,wah,wah, da Pandai main laptop Ummi yer???'' Shasha jawab la "Habis tu Ummi yang selalu cakap anak Ummi Pandai,anak Ummi bijak,anak Ummi cantik'' tak sempat Shasha nak habiskan dialog Ummi terus lontarkan vokal "Ohh..chatting yer?? Da ada boypren la tu!!'' Shasha jawab '' Lum jadi boypren la Ummi BARU NAK MENGENALI HATI BUDI MASING-MASING''
Ummi mendengar jawapan Shasha, ummi menepuk dahinya dan jatuh pengsan.
Shasha menangis dan menjerit "Ummmmmmmmmmiiiiiiiiiiiii!!!!"
Apakah yang terjadi????? bersambung.............
"MURABBI" - "REBUT PAHALA JIHAD SEORANG MURABBI ITU CIKGU"
5:06 PM
/
Posted by
ogy ahmad daud
/
comments (83)
Dalam Celoteh Ogy kali ini saya nak ceritakan mengenai drama "MURABBI" yang telah ditayangkan di Astro Prima pada 17 mei dan siaran ulangannya pada 27 mei yang lalu. Drama ini diterbitkan oleh syarikat saya Artistic Preview Sdn Bhd dan diarahkan oleh saya di mana skripnya ditulis oleh Zabidi Mohamed. Beliau telah banyak menghasilkan skrip2 drama dan salah satu skrip beliau yang berjudul "Ihsan" telah berjaya dicalonkan dalam kategori skrip drama terbaik Anugerah Skrin 2008.
Ramai yang bertanya kepada saya apa sebenarnya maksud "Murabbi". Jadi saya ingin jelaskan di sini apa itu "MURABBI" dengan memetik dialog dalam salah satu babak di dalam teleprima ini.
Babak ini merupakan pertemuan di antara Cikgu Siti Zubaidah dan Hjh Salmah di mana Hjh Salmah merupakan bekas guru Siti Zubaidah semasa beliau menuntut di UPSI
Siti Zubaidah
Saya ingat satu pesanan cikgu dulu...Seorang guru adalah juga seorang pendidik hingga akhir hayatnya
Hjh Salmah
Murabbi...Seorang Murabbi adalah seorang guru tapi tak semua guru seorang Murabbi juga. Rasulullah SAW merupakan seoarang Murabbi paling agung. Baginda habiskan setiap langkah dan nafasnya untuk mendidik manusia. Tanpa jemu, tanpa mengira masa dan tanpa mengharapkan ganjaran dunia. Hanya mencari keredhaan Allah semata - mata.
Siti Zubaidah
Kalau seorang guru dah pencen, mereka terus pencen mendidikkan cikgu?
Hjh Salmah
Tak ada istilah pencen dalam kamus seorang Murabbi. Seorang guru adalah Murabbi sepanjang hayatnya. Rebut pahala jihad seorang Murabbi itu cikgu.
Maka dengan penjelasan saya ini, saya berharap agar semua faham betapa besarnya peranan seorang guru dalam hidup kita di mana mereka ini tidak pernah jemu untuk memberi kita ilmu dan mendidik kita sehingga menjadi manusia yang berguna pada masyarakat dan negara. Saya tertarik dengan skrip ini kerana pandangan penulis skrip ini mengenai Baginda Rasulullah SAW bukan kerana amal ibadah Baginda Rasulullah SAW sahaja tetapi penulis melihat dari suatu sudut yang kita tidak pernah terfikir bahawa Baginda Rasulullah SAW juga seorang "PENDIDIK". Baginda Rasullulah SAW adalah seorang "MURABBI". Saya dedikasikan teleprima ini kepada arwah datuk saya Master Md Hashim yang merupakan seorang Pengetua di Penang Free School,arwah ibu dan ayah saya di mana ilmu yang mereka berikan kepada saya amat besar nilainya, dan semua guru2 saya yang pernah mengajar saya dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah, cikgu Ahmad Yatim, Cikgu Rosminah Tahir, Datuk Rahim Razali dan YB Tan Sri Senator Dr Jins Shamsudin sifu saya dalam bidang pengarahan. Saya masih ingat akan nasihat beliau kepada saya iaitu " Fauziah, jangan tiru apa yang saya ajar tetapi fahamilah apa yang saya ajar". Ya cikgu, saya akan berpegang sampai bila2 akan nasihat cikgu ini...
Kepada semua cikgu2 saya, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda semua kerana ilmu dan doa anda terhadap saya , saya dapat bertahan di dalam industri seni ini dan selagi hayat dikandung badan saya akan terus menimba ilmu tanpa jemu
Terima Kasih Cikgu
Para pelakon drama "Murabbi"
dari kiri : amy salmiah, norsuhaiba, sharifah alesyha,sharmaine, shireen dan siti fauziah
Rosminah Tahir sbg Hjh Salmah. Beliau adalah salah seorang Dekan di Aswara yang merupakan guru saya sedang membaca skrip. Di sebelah tu anak murid dia..sayalah tu sedang merenung ke tanah.. apa sebabnya?? Biarlah rahsia...
Zulkifli Ismail sebagai Hassan telah berjaya memberikan lakonan yang berkesan. Tahniah Zul!!
Kemunculan pertama Siti Fairus sebagai seorang pelakon. Siti, u memang ada bakat sebagai seorang pelakon dan saya gembira dapat mengarah anda..
NorSuhaiba sebagai Cikgu Siti Zubaidah. Dia pernah berlakon bersama dengan saya sebagai anak saya di dalam drama Tiga Duri Di Hati Bonda. Ketika itu dia berusia 12 tahun dan sekarang dia dah boleh jadi mak budak. he he he. Bagi saya dia adalah pelakon yang mempunyai bakat yang begitu besar skali. Sayangnya, beliau tidak banyak mendapat peluang untuk menunjukkan kehebatan beliau sebagai seorang pelakon era ini.
Orang2 penting dalam sesebuah produksi. Tanpa mereka, gambar pun takde..mereka inilah krew2 teknikal. Bekerja keras mereka walaupun cuaca panas.
Penolong pengarah saya yang begitu rajin...dah nama pun AJIN. Yang sebelah dia tu, Cindy Lauper..tapi dari Sabah, nama sebenar DAYANG ( jurumekap/kostum) ..Seronok kerja dengan dia ni sebab suka sangat ketawa..
Latihan bersama pelakon sebelum perkataan "Action" dilontarkan oleh pengarah.
Adegan penuh suspense!! Sarina ingin membunuh diri tetapi berjaya di halang oleh kawan2 serumahnya..Seriau jugak saya tgk Alesyha bermain dengan pisau. Anak cikgu Fatimah Abu Bakar ni memang berbakat besar seperti kakak2nya. Begitu juga dengan Amy, Siti Fauziah dan Shireen
Macam nilah keadaan di lokasi sebelum penggambaran, yang duduk di bawah tu bakat baru yang dicungkil ketika sessi ujibakat Hari Terbuka FINAS. Namanya Kamal, dalam teleprima ini membawa watak Tajul tapi cara duduk dia tu dia ingat dia pegang watak Hang Tuah. Dia tengah keliru laaa...Tolong maafkan dia..Jejaka yang sedang membelakangi anda itu adalah.....bersambung di bawah...
Inilah dia jurukamera / pengarah fotografi drama ini yang bernama Bai yang banyak membantu saya sebagai pengarah dengan memberikan hasil kerja yang bermutu dan mencapai tahap piawaian SIRIM..
Mereka yang terlibat di belakang tabir drama Murabbi. Terima kasih di atas komitmen dan kerjasama yang padu yang anda semua berikan kepada saya. Jangan risau, next job akak TETAP panggil semula...
Yang sorang ni, perlu ker diperkenalkan lagi?? aaaa...tolonggg!!!! cakap ngan pompuan ni jangan perasan boleh tak, pompuan ni jawab balik...akak punya sukalah akak nak perasan..akak kan adik bongsu Meryl Streep...lagipun ni blog akak...he he he (jangan marah..nanti kena jual)
Cukuplah sampai di sini sayang celoteh Ogy kali ni..terima kasih En Zabidi Mohamed kerana memberi saya naskah yang banyak memberi pengajaran serta meransang minda saya sebagai seorang pengarah dan penerbit.
Terima kasih
Bakal Artis Antarabangsa..Tidaakkkkkkk (voice over Cik Pojiah)
1:39 AM
/
Posted by
ogy ahmad daud
/
comments (78)
Assalamuallaikum,
Jadi tanpa membuang masa, kerana masa selalu mencemburui kita(dialog klise yg smua pengacara kena sebut setiap kali bila program da ''Overrun" yg slalu kene akak laa...hehehe...) Marilah kita bersama-sama menyaksikan episod ke dua telenovela ini.
Celoteh Ogy
mempersembahkan
Kisah Cik Minah dan Cik Pojiah
Pada hari shasha dapat tau yg shasha lebih "POPULAR'' dari Ummi, (ooppss!!!jgn britau Ummi tau yg saya panggil diri saya Shasha) lidah shasha kelu tak terkata!! Shasha taktau nak beri reaksi yg macamana (Ummi lum ajar lg reaksi tu sbb dia taknak shasha jd artis...) jadi shasha cuma bole masukkan tangan dlm mulut sebab nak pastikan setiap gigi yg bru tumbuh tak terperanjat seperti shasha, bila shasha tau yg shasha ramai peminat dan dpt lamaran ajak kahwin lagi!!!
Ummi, shasha rasa shasha kene ada MANAGER la..Wat say u?? Cik Pojiah says ''can u please stop BERANGAN n ur name is Cik Minah not shasha.!!! Dialog dlm hati Cik Minah (takpe2, shasha bole call sendiri Mr.Manager aka Vernon Kendit pas tu call uncle Aznil minta slot khas dlm Tom2 Bak,Jangan lupa lirik,Mcm2 Aznil dan rancangan yg seangkatan dengan nyer. Ummi jgn makan hati yer!!)
Rupa-rupanya Cik Pojiah dpt mendengar dialog dlm hati si Cik Minah, Cik Pojiah pun apalagi terus mengeluarkan kata-kata mutiara nya yg berbunyi "Tang-tang tot keladi wer-wer, intonasi kentut pun blum betul da nak ada manager pula????'' Cik Minah tak puas hati dgn kata-kata mutiara Ummi nya lalu berkata ''Ummi..itu bukan kata-kata mutiara tetapi itu pantun dua kerat! Cik Pojiah berfikir sejenak dlm hatinya dan berkata (bertuah betul la budak ni tinggi jugak IQ dia) Cik Minah masih tidak berpuas hati dgn Ummi nya yg tidak memahami jiwa nya yg meronta-ronta inginkan seorang Manager, lalu Cik Minah berkata.."Ummi.. ini merupakan hak asasi manusia''
Cik Pojiah memahami jiwa muda anaknya yg sedang meronta2 dan bergelora..Cik Pojiah berkata " Cik Minah, Ummi paham..apapun bawak beristigfar, selawat byk2 dan minum air ni dulu..lepas ni Ummi sendiri telefon Simon Cowell suruh manage Cik Minah..macammana..setuju Cik Minah??
Cik Minah tepuk tangan tanda gumbira kerana impiannya untuk mendapatkan manager tercapai, memang Cik Minah tidak percaya rupanya cempedak menjadi nangka..Simon Cowell, juri American Idol yang akan menjadi manager nyer..(Cik Pojiah sajer jer cakap untuk ambik hati Cik Minah, kasi dia HBT skit..tau apa tu HBT?? aaa....maksudnye..HAPPY BALIK TIDO...hahaha)
Kelihatan Cik Minah dan Cik Pojiah berpelukan mesra sambil Cik Pojiah sempat berbisik ke telinga Cik Minah "Jangan lupa komisyen Ummi tau..Ummi tak mintak banyak, setakat 50% cukuplah.." Cik Minah terus terpaku, lidahnya makin kelu terus tak terasa!!!...
Kelihatan Cik Minah dan Cik Pojiah berpelukan mesra sambil Cik Pojiah sempat berbisik ke telinga Cik Minah "Jangan lupa komisyen Ummi tau..Ummi tak mintak banyak, setakat 50% cukuplah.." Cik Minah terus terpaku, lidahnya makin kelu terus tak terasa!!!...
Tatapi lah sepuasnya wajahku yang akan mengegarkan persada seni seantero dunia..Kedengaran voice over Cik Pojiah (Cik Minah, alif, ba, ta , a, b, c pun belum belajar nak...belajar tu dulu pastu dah dapat PHD (bukan perasaan hasad dengki tau) baru Ummi pikiaq, boleh ker tak Cik Minah jadi artis )
Alamak, ummi ni asyik voice over jer..org tgh posing ni nak hantar portfolio kat Pak Simon...Mana jurumekap Shasha ni, Uncle Azman Razali..cepatlah touch up Sha...tang mata tuh lebih skit, nak ikut lirikkan mata nenek Saadiah lah..kedengaran lagi sambungan voice over Cik Pojiah " Ya Allah tolonglah aku Ya Allah, hentikan lah anak nie daripada menjadi manusia yg perasan, tolonglah hambamu ini Ya Allah"
Cukup sampai di sini sayang Celoteh Ogy episod ke2 Kisah Cik Minah dan Cik Pojiah. Cik Minah pesan jangan lupa beri komen dan tima acih..
Subscribe to:
Posts (Atom)