Assalammualaikum,
Okie..hari nie akak nak celoteh pasal buah hati pengarang jantung akak di mana keletahnye bisa membuat ibundanya terkena "SERANGAN JANTUNG!!!" Nur Aminah Aishah Abdullah nama yang diberi, sekarang berusia 1 tahun 6 bulan.. Maksud namanya adalah "Cahaya Yang Amanah Hidup Bahagia" tetapi kenapa perangainya persis perangai "Lara Croft" yang begitu aggresif dan lasak??
Pening kapala akak!!! Adakah akak telah memberi nama yang salah??? Oh tak mungkin tak mungkin itu terjadi (ni lirik lagu D'lloyd tau or maybe kumpulan Mercy or watever la....)
Nama panggilan dirumah adalah Aminah atau Cik Minah tapi dia da mula berangan nak dipanggil dengan nama glamournyer iaitu Shasha!!! Akak cakap kat dia jangan nak berangan Cik Minah sampai ke tua ummi tetap panggil awak Aminah atau Cik Minah.. Dia memang la tak leh jawab balik sebab akak da cakap jangan jadi anak derhaka macam anak SI TANGGANG yang bernama SI TONGGENG (hehehe..sesuko hati jer akak ni kan???)
Da lama akak tak bawa Cik Minah tengok dunia luar sebab akak dok sibuk berlakon, mengarah, dan mengajar jadi semalam akak bawa la Cik Minah nie berjalan2 takde la sampai seantero malaya setakat Taman Tun Dr Ismail jer!! Jadi akak nak berkongsi la dengan u all semua dan dengan ini mempersembahkan.....
''KISAH CIK MINAH & CIK POJIAH''

Pada 1hari cik pojiah bawa la cik minah nie ke ONE KOPITIAM di tmn tun dr ismail blum sempat order makan lagi cik minah da ajak cik pojiah posing, cik pojiah sal posing memosing nie memang ''RATU'' la
Reaksi Cik minah merupakan reaksi seorang budak yang tidak berpuas hati sebab pertama - posing cik pojiah lg vogue dari posing Cik Minah dan keduanya - Cik Minah tak puas hati sbb jurugambar tak pandai cari angle yang artistik utk Cik Minah menampakkan betapa comelnyer dia..Maaf yer Cik Minah ni lah masalahnya bile jurugambar tak dibayar...dia akan buat keje sesuko hati jer tau!!!
Cik Minah terus menelefon "Persatuan Seniman" buat aduan pasal jurugambar yang tak bertauliah ni. Aikk!! Kecik2 dah pandai komplen anak akak yer??

Alamak!!! salah persatuan lahh shasha call!! Bila cik pojiah mendengar cik minah membahasakan dirinya dengan panggilan shasha, cik pojiah pun melontarkan vokalnya bagaikan seorang penyanyi opera dengan berkata
"cukuplah2 lah berangan nak jadi shasha, awak tetap Cik Minah di dalam hatikuuu!!"Cik Minah merajuk dgn kata2 Cik Pojiah, lalu melemparkan pandangannya jauh ke arah jalan raya sambil dok pikiaq, persatuan mana ceq nak lapoq tentang jurugambar kapala jingga nie dan awatlaaa ummi ceq nie tak kasi ceq perasan glamour guna nama shasha..
Cik Pojiah mendengar rintihan qolbu Cik Minah (maklumlah naluri seorang ibu kannn) lalu tangan dihulur maaf dipinta (Ek ek macam hari raya lah pulok anak beranak ni) dan Cik Pojiah berkata dgn intonasi yg selembut softlan "Cik Minah, nama Aminah tu klasik nak dan merupakan nama ibu Baginda Rasullullah S.A.W dan juga nama ustazah pertama ummi semasa ummi kecik2 dulu.. Aaaa... sekarang Cik Minah faham tak kenapa ummi suka sangat dgn nama Aminah tu??...
Cik Minah gumbira mendengar penjelasan ibundanya dan dia tidak mau menjadi anak yang durhaka lalu persetujuan telah dimenterai diantara Cik Minah dan Cik Pojiah..dan Cik Minah jugak gumbira kerana akhirnya jurugambar telah berjaya mengambil gambarnya dari sudut yang begitu "Artistik" (tang mana sudut artistik tu jurugambar, nampak tempat parking jer?? kalau yang artistik pun mamat yang berjalan tu, tu pun setakat 25% jerr artistiknyerrr)
Inilah episod pertama "KISAH CIK MINAH & CIK POJIAH". Kisah mereka ibarat sebuah telenovela. Kita akan bersama mereka lagi di dalam episod2 yang akan datang..jadi cukup sampai di sini sayang celoteh ogy buat kali nie..Rajin2kan diri anda melayari blog akak nie yerr dan jangan lupa komen tauuuuu...
Terima Kasih...