Dalam Celoteh Ogy kali ini saya nak ceritakan mengenai drama "MURABBI" yang telah ditayangkan di Astro Prima pada 17 mei dan siaran ulangannya pada 27 mei yang lalu. Drama ini diterbitkan oleh syarikat saya Artistic Preview Sdn Bhd dan diarahkan oleh saya di mana skripnya ditulis oleh Zabidi Mohamed. Beliau telah banyak menghasilkan skrip2 drama dan salah satu skrip beliau yang berjudul "Ihsan" telah berjaya dicalonkan dalam kategori skrip drama terbaik Anugerah Skrin 2008.
Ramai yang bertanya kepada saya apa sebenarnya maksud "Murabbi". Jadi saya ingin jelaskan di sini apa itu "MURABBI" dengan memetik dialog dalam salah satu babak di dalam teleprima ini.
Babak ini merupakan pertemuan di antara Cikgu Siti Zubaidah dan Hjh Salmah di mana Hjh Salmah merupakan bekas guru Siti Zubaidah semasa beliau menuntut di UPSI
Siti Zubaidah
Saya ingat satu pesanan cikgu dulu...Seorang guru adalah juga seorang pendidik hingga akhir hayatnya
Hjh Salmah
Murabbi...Seorang Murabbi adalah seorang guru tapi tak semua guru seorang Murabbi juga. Rasulullah SAW merupakan seoarang Murabbi paling agung. Baginda habiskan setiap langkah dan nafasnya untuk mendidik manusia. Tanpa jemu, tanpa mengira masa dan tanpa mengharapkan ganjaran dunia. Hanya mencari keredhaan Allah semata - mata.
Siti Zubaidah
Kalau seorang guru dah pencen, mereka terus pencen mendidikkan cikgu?
Hjh Salmah
Tak ada istilah pencen dalam kamus seorang Murabbi. Seorang guru adalah Murabbi sepanjang hayatnya. Rebut pahala jihad seorang Murabbi itu cikgu.
Maka dengan penjelasan saya ini, saya berharap agar semua faham betapa besarnya peranan seorang guru dalam hidup kita di mana mereka ini tidak pernah jemu untuk memberi kita ilmu dan mendidik kita sehingga menjadi manusia yang berguna pada masyarakat dan negara. Saya tertarik dengan skrip ini kerana pandangan penulis skrip ini mengenai Baginda Rasulullah SAW bukan kerana amal ibadah Baginda Rasulullah SAW sahaja tetapi penulis melihat dari suatu sudut yang kita tidak pernah terfikir bahawa Baginda Rasulullah SAW juga seorang "PENDIDIK". Baginda Rasullulah SAW adalah seorang "MURABBI". Saya dedikasikan teleprima ini kepada arwah datuk saya Master Md Hashim yang merupakan seorang Pengetua di Penang Free School,arwah ibu dan ayah saya di mana ilmu yang mereka berikan kepada saya amat besar nilainya, dan semua guru2 saya yang pernah mengajar saya dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah, cikgu Ahmad Yatim, Cikgu Rosminah Tahir, Datuk Rahim Razali dan YB Tan Sri Senator Dr Jins Shamsudin sifu saya dalam bidang pengarahan. Saya masih ingat akan nasihat beliau kepada saya iaitu " Fauziah, jangan tiru apa yang saya ajar tetapi fahamilah apa yang saya ajar". Ya cikgu, saya akan berpegang sampai bila2 akan nasihat cikgu ini...
Kepada semua cikgu2 saya, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda semua kerana ilmu dan doa anda terhadap saya , saya dapat bertahan di dalam industri seni ini dan selagi hayat dikandung badan saya akan terus menimba ilmu tanpa jemu
Terima Kasih Cikgu
Para pelakon drama "Murabbi"





NorSuhaiba sebagai Cikgu Siti Zubaidah. Dia pernah berlakon bersama dengan saya sebagai anak saya di dalam drama Tiga Duri Di Hati Bonda. Ketika itu dia berusia 12 tahun dan sekarang dia dah boleh jadi mak budak. he he he. Bagi saya dia adalah pelakon yang mempunyai bakat yang begitu besar skali. Sayangnya, beliau tidak banyak mendapat peluang untuk menunjukkan kehebatan beliau sebagai seorang pelakon era ini.


Penolong pengarah saya yang begitu rajin...dah nama pun AJIN. Yang sebelah dia tu, Cindy Lauper..tapi dari Sabah, nama sebenar DAYANG ( jurumekap/kostum) ..Seronok kerja dengan dia ni sebab suka sangat ketawa..





Mereka yang terlibat di belakang tabir drama Murabbi. Terima kasih di atas komitmen dan kerjasama yang padu yang anda semua berikan kepada saya. Jangan risau, next job akak TETAP panggil semula...

Cukuplah sampai di sini sayang celoteh Ogy kali ni..terima kasih En Zabidi Mohamed kerana memberi saya naskah yang banyak memberi pengajaran serta meransang minda saya sebagai seorang pengarah dan penerbit.
Terima kasih
83 comments:
best lah sekali sekala dapat baca / intai belakang tabir sesebuah telefilem. keep it up kak ogy!pr
cayalah akak..best tau cita murabbi..cuma nak komen kat syarifah alesya dan pakwe dia tu..sedikit kaku la masa dia berlakon...hehehehe.
Siap promote UPSI lagi. Tapi cikgu dari UPSI tu yang pelik sebab kebanyakan kat sana adalah pensyarah. Apapun best sgt...
http://xcallibur.blogspot.com
akak....... skali lg sy terlepas menonton drama MURABBI nih.....tlgggggg!!!
akakkkkkk ( ikut suara kak ogy selalu)......
saya dah tengok cite akak ni....sy tau jek, terus tengok dalam youtube...ok...besh...bagus....
geram dgn watak sarina tuh....
apa pun tahniah k.ogy ...
bagus betol virus abg eizlan ek...merebak kat akakkk dgn k.amyza...terus pandai ni masing2...
jemput2 akak ke blog saya...saya pun br belajo...bertatih2 ni....
www.alyn9479.blogspot.com
tiap ari sy tunggu post terbaru dr akak....
cayyok kak!!!
adoi...hari2 dok tgk iklan kt tv..dok tunggu cite ni kuar..last2 xtengok..
xpela..astro kan suka ulang beribu2 kali, nanti nak tgk juga cite ni.hehe...
assalamualaikum...auntie..i like you...so...can i get your e-mail...if 'YES'send it at khaal_62@yahoo.com..saye sbnarnye teringin nak ber e-mail ngan auntie....tapi tu la..kan..!!!!tlg tau auntie ...give me your e-mail..please!!1i'm begging you....bye.....
salam akak ogy.
murabbi memang sangat menarik. menyentuh hatiku
kak ogy i love u very2 much...jgn lupa siri ketiga cik pojiah dan cik minah k....i will wait...muaxx
macam menarik crita ni...tp sayang nya saya xberkesempatan pun nak menontonnya..ermm..but i'll make sure to get it kalau dah ade org yang upload kat mana2...huhuh (sory la ye kak ogy)
Tahniah to Kak Ogy sbb berjaya mengarahkan sebuah drama yg bagus mcm ni...
Ada chance x sy nk jd pelakon under kak ogy??...ahakss
Salam fad tqvm for d compliment seronok menulis apa yg berlaku dibelakang tabir agar penonton mengetahui bukan mudah nak hasilkan sesebuah drama. Salam haddy, tqvm sbb berpeluang menonton "Murabbi" K.Ogy komen sikit yer mengenai alesyha, watak beliau menuntut beliau mempamerkan lakonan yg sebegitu terma yg slalu digunakan adalah ''UNDERPLAY'' yg pak we dia pula mmg bakat baru yg pertama kali diberi pluang mmgang watak pembantu dlm drama nie jd dia mmg nervous sgt2 dan bakat beliau masih bole digilap lg mgnai UPSI yg itu penulis skrip kene jwb la..hehe n'way tqvm for ur comments Haddy. Salam princess eryna i'syaALLAH adik dpt tgok jgk bila ditayang smula, ahh..kali nie jgn ter miss lg yer. Salam R LEen tqvm tgok drama murabbi n tqvm for d compliment jgn bosan tau membaca blog akak nie yer..Salam nana xpe dik lum rezeki nana dpt menonton i'syaALLAH dpt jgk tgok nanti bila di ulang tayang ya. Salam el_lawliet hw r u? Tq minat kat aunty n my email is ogyahmaddaud@yahoo.com
Salam edzlin007 tkasih dik dn k.ogy rasa terharu apabila hasil karya k.ogy dpt meninggalkal kesan kpd yg menonton. Alhamdulillah. Salam anonymous mmg ada ep3 "KISAH CIK MINAH & CIK POJIAH" cuma skrg nie Cik Minah lum ada mood la sbb gigi nk tumbuh lg jd dia tgah byk meragam jd Cik Pojiah kna melayan kerenah dia la.. hehehe sabar menanti ya. N'way luv u 2!!! Salam Saz-e-la, i'syaALLAH ada ulang tayangan nya lg di astro prima n tqvm for d compliment. Dtg la uji bakat dulu ksi k.ogy tgok lau mmg berbakat msti k.ogy beri peluang i'syaALLAH.
cite nie agak lambat dan mcm dah tahu jln cerite die..
apepown layan gak lee cite nie
insya allah!!!.....
sy akan cuba utk tdk ter 'MISS' skali lg andainya ditygkn semula darama MURABBI ini......huhu
Askm Kak Ogy..
Suka membaca tulisan k.ogy psl cite drama ttg cikgu tu, tetapi kan k.ogy sy cuma nk luahkan 1 fenomena cikgu zmn skrg..gmbaran cikgu2 yg baik2 mmg byk terdapat di zaman kita sekolah dulu tp skrg jauh berbeza, cikgu2 zmn skrg x sama spt cikgu2 zmn kita dulu,sbb itu la timbul ckp2 ttg " cikgu 25hb"..mmg betul ckp2 yg terkeluar tu,sb dr pngamatan sy cikgu2 disekolah ank saya..teruk sgt mulutnya, perangainya, sikapnya...sy sndiri pun tak faham knp cikgu2 skrg bole mmengeluarkan perkataan yg tidak spatutnya dicakap kpd anak2 murid, lbih2 lg ygn masih di Tahun1, Tahun2,Tahun3..prkataan bodoh, bengong..kurang ajar & tak reti bahasa diguna sewenang2nya..ntah la k.ogy..apa pndapat k.ogy agaknya..ye lah sbb dlm cite2 kita sllu tgok sikap ckgu yg baik2, tp yg x baik xde siapa yg perasan..realiti ni k.ogy
peminat k.ogy...
bye
kak ogy..i love this story!
10 bintang sy bagi.
best sgt2..
masa mula2 iklan cite murabbi ni kat astro di tayangkan mmg dah xsabar2 nk tgk citenye..
xhampa la bile dah tgk cite nih..
best..!!
lagi satu..
saya minat norsuhaiba.. ^_^
salam akaaaakkk..hope u r doing fine..nice to c some shots from 'Murabbi'...liked it!
dok tunggu nih hehhee...dh pos ke lum?? ke xbc lg blog doreen, nih? hiihih...
tq....
akakkk...
best arr bacca blog akk...
hilang nagntuk sy time ptg2 gini..he3
salam kak ogy...wow..ada blog..balik nak kena citer kat mak saya..satu family kami minat kak ogy..teruskan kerjaya seni anda..seronok tgk hasil kerja kak ogy...
Salam Kak Ogy, Maafla pasal komen hari tu. Saya sebenarnya dari UPSI jugak. So tu sebab saya sentuh pasal UPSI tu. Tapi bangga la sebab sebut nama UPSI bolehlah mengangkat martabat perguruan. Apa pun caiyok (berasal dari perkataan cina yang bermaksud tambah minyak).Apa pun jengah ke web saya. http://xcallibur.blogspot.com/
confirmla tu Norsuhaiba. dia penah belakon dlm "Oh Fatimah", anak kepada badul tu kan? dah besar dah dia :D
kak ogy, saya tengok cerita murabbi tu...saya sangat geram dengan watak sarina...memang keras kepala gitu...kiranya menjadi ler dia punya lakonan tu...hik..
norsuhaiba tu dulu masa kanak2 pernah berlakon dalam filem oh! fatimah lakonan ar. badul ker?
Boleh tak saya nak masuk minang cik minah.. dia sangat comey!!
Tak sempat tengok murabbi tu, tapi nanti saya akan usahakn jugak tengok!! neway kak ogy u always superb and love u kak ogy!!
Assalamualaikum :D
Hehe, Aerin tak pernah tgk drama ni. Apa taknya, saya dari Singapura. Aerin dpt tahu ada drama ni pun semasa Kak Ogy baru bukak blog. Aerin baca komen2 dari pos pertama. Pasti best kan drama ni. Insyallah, bila Aerin balik M'sia nanti Aerin cuba menonton drama ni :D
terima kasih kepada semua yang menyokong dan memberi komen terhadap karya sutradara ogy ahmad daud.
kak ogy, bila nak start tersungkur ni? Ajin can't wait nak collaborate dgn kak ogy lagi ni.
| Asst. Dir - Ajin |
oh lupa plak nak beritahu kak ogy, murabbi blh ditonton diyoutube sekarang ini. happy watching.
| Asst Dir Ajin |
Salam ajin tersungkur dipintu syurga nk mula production bln nie, penulis tgah buat skrip, skrg k.ogy berada di UUM SINTOK KEDAH,3hri bengkel lakonan for 80 students, blk nanti k.ogy call ajin yer. Tqvm ajin for d info n still want to collabarate with me. We do make a gud team kn.
Salam ayie tqvm layan citer k.ogy i appreciate it. Salam princess eryna adik da leh tgok ''MURABBI'' kat You Tube skrg, Salam anonymous anak sedara sya jgk melalui situasi sperti anak anda, sewaktu sya diskola jgk sya s'tiasa mjadi sasaran guru2 semata-mata sya ni anak org seni apa yg sya bole katakan seorang guru itu harus memahami pengertiaan ''GURU'', tanggungjwb seorang guru dan knp dia memilih bidang ini? Zaman berubah dan pendekatan kita trhadap mendidik pun harus relevan dgn zaman skrg, lg2 bla kta berhadapan dgn budak2 byk kesabaran yg dituntut dan tidak rugi mnjadi manusia yg sabar.Nasihat sya kpd guru2 yg bersikap demikian perbanyakkan ''MUHASABBAH DIRI'' jd la seorang ''PENDIDIK SEPERTI BAGINDA RASULULLAH SAW. SEORANG MURABBI''
Salam aisumi tkasih byk2 kerana sudi menonton drama "MURABBI'' am glad dat uv enjoyed watching it. Alhamdulillah. Salam shazha thanx a million for givin 10 starsfor my story, Alhamdulillah. HI Doreen u can get to watch ''MURABBI'' at You Tube nw, sorry doreen k.ogy lum smpat visit ur blog in UUM SINTOK KEDAH rite nw ada acting workshop got to teach 80 students. Sorry ya Doreen. Salam ckin_sakura tkasih byk2 seronok bca blog k.ogy bila adik gembira k.ogy pun turut gembira.Tq again dik. Salam anas yup k.ogy da jd blogger skrg seronok kakak n i'syaALLAH akan k.ogy teruskn dgn hasil kerja k.ogy, terus mmbaca blog k.ogy ya.
Salam Haddy no problem k.ogy suka bla dpt komen2 yg kta dpt brkongsi ilmu melalui jwpan nya. Keep on reading my blog ya dik. Salam kombat & makdaracute mmg itu la norsuhaiba & dia mmg pernah brlakon dlm film ''OH FATIMAH'' dan berjaya merangkul anugerah pelakon kanak-kanak terbaik melalui filem itu tp dia bkn anak kpd seniman A.R.BADUL dlm filem 2 jer dia brlakon jd anak A.R.BADUL. Bagus kan lakonan dia!!! Salam Wanz Haqq, hehehe btul ke nk minang Cik Minah?? Cik Pojiah kna tnya dia dulu la yer..n'way adik leh tgok ''MURABBI'' di You Tube skrg n luuuvv u 2 dik
Salam aerin u can watch ''MURABBI'' di You Tube skrg. I'syaALLAH ada rezeki mesti adik dpt menonton nya n k.ogy harap adik akan suka moral of d story. Tq aerin rajin bca blog k.ogy i truly appreciate it n take care ya.
U're welcome. ok, nnti aerin cari kat YouTube. Hehe tgh tgk pun ni :D
Insyallah aerin akan faham drama ni dan suka moral nya :D
Salam kak Ogy...ok..dah bgtau satu family...pakat baca blog kak ogy...hehehe...thanks reply komen saya..saya org penang...ex-penang free school...hehe..rasa famous juga nama Master Md Hashim..sampai ke zaman saya..ok kak ogy..saya doakan kak ogy terus bahagia dan success..rajin2 masuk blog saya juga (www.ahmadanas.blogspot.com)
Kak Ogy,
aerin baru je habis tengok Murabbi kat Youtube.
Best juga drama ni.
Menyetuh hati :D
assalamualaikum kak ogy..
aish! ni nak mara ni..
saya tak tahu pun ada drama ni.
huu~!
x aci...x aci!
saya tak tengok lagi!
ulanglah balik...
huuu~~~~~~~~~~~~
salam akak..tq 4 d info..skang ni tgh tonton Murabbi!!! i've checked several times, xdx...tp, dh ok la dh ehheh...puas ati dpt gk tgk!!!
tq tq...take care! - dont be notty!
akakkkkkk (ikut gaya akak la)
cantik r tudung....mana akak li tudung jenis ni ek? saya cari xde r....especially yg pembukaan cite ni, yg warna coklat...betul2 cantik....cite kerana kasih ni akakkkk....
akak personally eh....gtau sy...
satu johor cr xde nih tudung tuh...
roslina.hanim@gmail.com
plz akak......
Salam Ogy,
Baru habis tonton drama 'Kerana Kasih' di tv3.
Agak menarik jalan ceritanya tapi ending nya mcm tak puas jer.
Boleh sambung kot drama nii.
Meletup lakonan Kak Ogy dalam Kerana Kasih ! Syabas !
Nak tengok lagi !!
assalamualaikum kak ogy....best laa lakonan akak dalam kerana kasih...paling best wktu akak bersatu ngan anak akak ina...huhuhu...berlinang air mata i ngan my mum......dramatik gtu....by the way...i like ur acting very much...akak tubuhkanlaaa fanclub...klu dah ada mcm mana nak join..teringin nak jumpa akak...saya minat akak sgt2...muahhhhxxx untuk cik minah gan cik pojiah k...take care...love u...
kak ogy, i just so love your blog. ni pun i jumpa blog ni secara kebetulan, i have always admired you wahai diva ku, dari zaman ali setan but i just loved u in suara kekasih. i sedih tau tengok u dlam cerita tu especially the scene u kena maki dengan enak aznil, waktu u nyanyi lagu and the scene u and aznil spend time together for the last time, and i love teh song bile bunga berguguran.
wahai diva ku, sile baca www. primadonnaz.blogspot.com tajuk artikel murabbi friday may 22. i wrote my views and i hope u ok dgn my comment. cuma diva ku jangan marah pasal the pic ok
and noi i tengah tengok kerana kasih
take care divaku
sukeeeee nyerrrrrrrrr tgkkk kak ogy...huhuhu
Kak Ogy, Murabbi best. Tanpa sedar, saya menangis tau. Huhuhuhu. Tapi, Aleysha tu berlakon kenape cara die cakap camtu? Suruh die perbaiki lagi lah yer. Cerita dah ok dah.
Assalamualaikum wbt
Suka dan teruja dengan drama 'murrabi' dan 'Kerana Cinta" harap kak ogy akan dapat terus mengarahkan drama dan melakonkan watak yang dapat memberi pengajaran yang baik kepada para penonton
ok... sy akan cari kesempatan utk menonton drama MURABBI nih di youtube...
akak,.. ari sabtu baru nih astro ria ulang tayang cerita artis malaysia psl akak tuh.... best tau w/pun da tgk byk kali.... comei je cik minah time tuh...
Kak Ogy....
Tersedu sedu Ogie tengok KERANA KASIH.....
You memang kelaassss lah kak.....
Salam kak ogy,
suka baca blog ni... hehehe suka suka jugak dengan cik minah tu... comel...
kalau kak ogy baca respon ni, please email saya at ain.nabila@gmail.com..
Saya ada something special nak buat utk ur blog, special untuk cik minah... sebagai tanda terima kasih saya sebagai peminat kak ogy
Salam Kak Ogy,
Halooo...akhirnya akak menulis. cayalah kak...Akak, baru-baru ni saya bukak album lama..jeng jeng jeng...maka keluarlah gambar2 akak masa kat Anugerah Skrin 96.
Ingat lagi tak Anugerah Skrin masa tu, konsep 50an. Masa tu KZR jadi producer, akak jadi compere pakai baju merah...wahhh..merah menyala makngah. Heheheh..Masa tu jugak akak terlupa skrip..hehe..sib baik pandai cover, currlassst la masa tu, MB selangor pulak sporting masa tu...
Fyi, masa tu saya tgh buah assignment berkaitan subjek Introduction to Television Production. Lecturer saya masa tu Azizah Mohamad.
Masa tu jugak dapat bergambar dengan arwah ayah n ibu akak...
Hakkkaaakk..saya selalu jugaklah skodeng akak kat Studio C jalan Liku Bangsar, masa akak recording Melodi. Buat assignment jugak masa tu. Abg Nizam Hamid la yang bagi green light.
Akak, ada job panggil ekkk...
Jadi bibik cik minah pun tak pe...hehe...geram lah dengan dia tu...
Apa2 pun...all da best hakkakkk....akak memang sempoiii. Steadylah akakk!!!
Salam Kak Ogy
saya baru je malam tadi tengok yuotube cerita kerana kasih yg ada kak ogy, eizlan yusuf, amyza aznan tu...best lah cerita tu, i like ;) i told my husband yg pelakon utama drama kerana kasih tu kawan blogger i padahal jumpa pun tak pernah hahahaha...my husband dok tumpang sekaki tengok cerita tu padahal bukan paham cakap melayu pun hehehheeee...suka hati le labu...
yatie
hye Kak Ogy...
this time terlambat lak nak bagi comment kat entry akak nie...sorry...apapun lina totap jugak bukak blog akak nie w/pun busy with my 2 wonderful boys...eventhough lina jauh berada di Jeddah, Arab Saudi skg nie n x dpt tgk drama 'Murabbi' di Malaysia but dpt gak tgk di utube...say my thanks to Mr. Ajin cause uploadkan drama tu yer...mmg best even my hubby pun suka...HIDUP DRAMA MELAYU!!!
Alhamdulilah...akhirnye dapat gak baca blog kak ogy....dah lama menunggu kemunculan blog kak ogy ni...akhirnye kini pasti!!hehehehe.....best bangat dapat baca citer2 kak ogy ni...lucu giler biler time citer cik pojiah n cik minah ni...terus teringat kat ank buah yg sy pgl semek...hehehee...nama gelaran...bese la org ganu kan...hihiiihihi...semoga kak ogy berbahagia ngan cik minah...n hopefully kiter dapat jupe....teringin sgt nak jupe kak ogy n cik minah...ok kak ogy gud luck...
wah kak ogy pun ada blog...mulai hari ni, insyaallah nas akan follow k.ogy...azuraaaaaaaaa trade mark..hehe..ni blog nas ..http://www.nasruladli-nas.blogspot.com/
salam singgah tuk kak ogy... baru 1st time saya bukak blog akak... best gak ekk blog nih....
anyway spt biasa2 sy buat, salam perkenalan dari saya, moga disambut seikhlas hati dari akak...
kalo akak ada masa jengah2 ler ke blog saya pula... cayanggg akak !!
Salam ahkak ogy.. Cite nih kite dh tgk 2 kali.. hehehehehe... Mmg sedey.. x sangka lak ni drama prodction ahkak ogy..hehehehehe.... Mmmg best... Memula² kite nk tgk shiba tu berlakon jer, x sangka cerita ni mmg best... Nnt ahkak ogy kim salam shiba k.. Ckp pada dier, talent dier masih mcm dulu...hehehehe.. Take care...
Salam anas sory lmbt reply, bru pulang dri outstation kirim salam pd keluarga ya n k.ogy akn lawat blog anas tq dik. Salam aerin alhamdulillah dpt jgk tgok Murabbi tq ya sbb sudi menonton. Salam as-sirrul'asma drama yg mana satu yg asma blum tgok? Murabbi atau Kerana Kasih? Salam doreen hw r u? Tqvm for watching Murabbi glad u enjoyed the drama n don't worry i won't b notty!!! Hehehe u take care ya. Salam R LEen, tudung2 tu dpt penajaan nnti akak tnya kwn baik akak azman razali kat mana dia dptkn tudung2 tu n britau adik ya Personally. Salam Kassim Selamat klasik nama la tkasih sudi menonton drama lakonan saya Kerana Kasih, ending nya mmg begitu sbb itu kisah benar rasanya penulis tak kn sambung, rajin2 la singgah blog sya ni yer.
Salam sultanmuzaffar, apa kbr? Lama kta tak jumpa kn? Tkasih byk2 dik tgok drama lakonan k.ogy n tqvm for d compliment. Nk tgok lg kna minta TV3 tayang smula la k.ogy slalu bca blog adik. BEST!!! Rajin2 jengah blog akak ni yer,sory lmbt jwb bru blk dri UUM Sintok Kedah, tq dik lawat blog akak ni. Take care ya.
Salam Anonymous, tkasih byk2 menonton drama lakonan k.ogy. Mmg sedu sedan citer tu kn? Seronok dpt komen2 yg positif mgenai drama Kerana Kasih alhamdulillah. Rajin2la jenguk blog k.ogy ni yer. Salam Ratuku, k.ogy da bca ur comments for Murabbi... I LIKE!!! Tq so3x much for watching my movies n listening to my songs especially Bila Bunga2 Berguguran it happens to be my personal favourite as well, i enjoyed reading ur blog juz luv ur views very HONEST!!! Ratu slalu la jenguk2 blog kakak yer n tqvm for visiting my blog, take care Ratuku. Salam Nadiah2020 tkasih byk2 menonton lakonan k.ogy dlm Kerana Kasih i truly appreciate it n tkasih bca blog k.ogy ya. Take care Nadiah. Salam eyzzah tkasih sudi menonton Murabbi, aleysha bercakap begitu kerana tuntutan watak secara logik kta manusia cara percakapan smuanya berbeza kn tapi bg sya Aleysha telah berjaya memainkan watak Sarina dgn berkesan. Apapun tqvm eyzzah for ur comment n rajin2ya bca blog kakak ya, take care dik.
Salam marlina tkasih byk2 sudi menonton Murabbi dan Kerana Kasih I'syaALLAH akan sya terus berkarya dgn naskah2 yg bermutu insyaALLAH. Salam princess_eryna apa kbr? Masih tyg lg ke cerita artis m'lysia yg ada Cik Pojiah dan Cik Minah? Mmg la Cik Minah cute kn?? Tq eryna krana tak jemu menonton nya, take care ya dik. Salam Ogie, apa kbr? tkasih sudi menonton lakonan kakak dlm Kerana Kasih, kn kakak da ckp drama tu mmg sedu sedan hehehe..tq Ogie kta sama birthday yer? Alhamdulillah, take care Ogie. Salam Anonymous tq bca blog k.Ogy n nk buat something special to my blog,baik nya adik ok nnti k.ogy wil email u ya, tkasih byk2 dik. Salam Anonymous, apa kbr? Hehehe..mana k.Ogy bole lupa Anugerah Skrin tahun tu mmg kenangan manis lg2 bla buat silap siaran langsung pulak tu hehehe..nasib baik la cpt dpt ilham coverline kelakar betul kn dik!!! I'syaAllah lau ada job bole la contact adik tp camner ya? Salam Yatie, hw r u? Tqvm for watching Kerana Kasih n am glad u liked it habis tu lau suami Yatie tak faham BM, Yatie explain la yer? I'syaALLAH satu hari kta jumpa ya dik, u take care ya.
salam akakkkkkk
yeh yeh....
akak sy tunggu tau berita baik dari akak pasal tudung tuh.....
sy cari 1 johor takde nih...
thanx kak......
kemsalam peluk cium utk shasha kak.....eh silap...cik minah....
Salam Lina tqvm sudi menonton Murabbi n tq for d compliment, will convey ur message to Ajin, dia mmg rajin, u take care n tq once again. Salam Pieyaris, tkasih byk2 sudi bca blog k.ogy. Suka ya kisah Cik Minah dan Cik Pojiah hehehe...k.ogy ni mmg suka buat lawak dik supaya tak kena tekanan mental!!! Hehehe...I'syaALLAH dik suatu hari kta akan jumpa tq dik n take care. Salam Nas tq sudi bca blog Azura.. hehehe... K.Ogy bru jer jd blogger seronok rupanyer!!! I'syaALLAH nanti Azura lawat blog Nas pulak yer.. Salam Imashhs tkasih byk2 sudi bca blog k.Ogy n mestilah k.ogy sudi menerima salam perkenalan dri Ima dgn hati yg ikhlas, rajin2 jenguk blog K.Ogy ya blog Ima apa? Salam Chomel'z apa kbr? Tkasih sudi menonton Murabbi n K.Ogy akan britau Shiba apa yg Chomel'z suruh K.Ogy sampaikan u 2 take care ya.
Salam Ogy..
Memang nak sangat tengok cerita ni masa tengok promo tapi tak berkesempatan langsung. Sebok dengan emak yang sakit masa tu, tapi takdir dah tertulis emak pergi juga hari Jumaat lepas. Klu dah upload di utube, boleh la tengok nanti dan bagi komen..
Rose
suka r dgn kak ogy nih...cpt tul jwp tuk saya...nih yg tmbh syg nih...
jom ke blog saya di :-
http://ima-shhs.blogspot.com
mgkin pasni leh kongsi citer sal baby lakkss... anyway sy dah link blog akak ekk...hrp akak tak kisah ekk...
adios !!
salam akak...i've watched murabbi & kerana kasih...secara peribadi, cter kerana kasih best sgt2, sbb akak sendri yg belakon hehhehhe...suka tgk akak ler! murabbi best gk..tp, nk tgk akak dlm cter tu hehhehe...ingtkn akak yg jdik cikgu..org lain rupanya...frust gk la ckit..sbb yg doreen nk tgk - akak belakon..but then..that's ok..sbb yg mengarah murabbi akak gk kan? so, 100% sokong akak!
kerana kasih - akak jdik mami yg ckup coooooooooool & best..that's great...!! all the best utk akak for the next next next next project! - pastikan akak ttp tunjuk muka dlm mana2 cter, even ckit hehehehe....br besh!
salam
Salam Rose, Al Fatiha ucapan takziah dri sya skeluarga buat Rose n family, smuga tabah menghadapi ujian ALLAH yg menyayangi ibu Rose dan kakak doakn agar roh ibu Rose dicucuri rahmat ALLAH SWT dan ditempatkam didlm golongan org2 yg beriman. AMIN.
Salam imashhs, i'syaALLAH nanti k.ogy singgah ke blog ima yer. Salam doreen, k.ogy mmg tak suka berlakon drama yg k.ogy mengarah sbb k.ogy suka beri peluang pada pelakon baru yg jd cikgu tu adalah cikgu saya dlm bidang teater, n'way glad dat u enjoyed watching Kerana Kasih. Tqvm dear.
kak ogy..encik zabidi peguam ker..penulis cerita al-maunah dan al-arqam ker.sebab saya baru habis baca cerita al-maunah hasil tulisan enzabidi mohamed...ini orang yang sama ker?...
seronok baca blog ahkak.... tersentuh rasa baca pasal murabbi....apatah lagi bila tonton drama tersebut....
TonZ
Assalamualaikum wbt.
Terima kasih kerana menyambut salam saya. Ingatkan tak nampak tadi he...he...
Memang minat dengan ogy sejak zaman Hati Batu. Masa Ceritaku Ceritamu siap pegi tengok wayang lagi dengan kakak kesayanganku. Tapi sekarang lakonan ogy lagi mantap dan walaupun orang kata over actingpun saya tak kisah . Tetap layan.
Cik Minah tu memang cute dan seronoknya tengok lakonan dia dengan cik pojiah. Bila nak sambung?
Salam Ogy
Thanks for the condolence wishes. You've been there, I'm sure you know how hard the situation I'm going thru now. Saya teringin nak jumpa Ogy. Pernah la jumpa Ogy zaman dulu-dulu masa kita muda. Masa tu arwah parents Ogy ada boutique di Pertama Kompleks. Ogy cantik sangat. Jomlah buat gathering dgn pembaca blog ni. Take care
Dah lama kita tak bersua dan tak sangka kita ketemu di ruang siber ini. Saya baru je siap buat drama RTM dua bulan lepas dan terpaksa berkampung di Ipoh/Taiping selama 2 minggu. Drama untuk tayangan bulan puasa ni. Jenguklah ke blogsite Nur Ar Rahman http://nur-ar-rahman.blogspot.com jika berpeluang.
Salam Impian yes En Zabidi org yg sama. Salam marlina tkasih meminati lakonan sya tp byk lagi yg perlu sya blajar masa berlakon Hati Batu taktau apapun MALU TGOK LAKONAN sya dlm citer tu tp tak sangka dpt berlakon dgn PRIMADONA FILEM MELAYU SENIWATI LATIFAH OMAR. Salam Rose i know how u feel mohon KEKUATAN DARI ALLAH SWT HANYA DGN PERTOLONGAN ALLAH KITA MAMPUBERHADAPAN DGN APA JUA UJIAN INSYA'ALLAH, btw nostalgia kdai Pertama Kompleks tu kn...doa sya buat arwah ibu mu. Salam Harlym, hw r u? Mmg lama betul x jumpa. Keluarga sihat? alhamdulillah, Harlym masih aktif berlakon jgn sia2 kn bakat anugerah ALLAH. Tqvm bca blog k.ogy n keep on reading ya, salam pd isteri n anak2.
salam ahhkkakkk G...
kak G..geram la tgk cik minah...
nak gheghet pipi yer tu..
peluk cium dia utk saya..
dh tgk MURABBI..layaann..
Salam mamaju, mmg geram kn tgok si CIK MINAH tu tp tak leh la gigit pipi dia ygmcm buah epal tu, kecian dia. Ok nnti k.ogy peluk cium dia utk adik yer n tkasih layaan MURABBI.
Akak tidak sudikah hadir ke Rumah Pena? Bonda Fauziah Nawi saya pernah nampak di sana dan ada juga minta sainnya dan dia menulis sentiasalah bersyukur........Saya amat kagum akan bakat lakonannya yang cukup berkesan dan sungguh semulajadi. Dia juga ada tubuhkan kumpulan muzik Melayu asli bergelar Altalhaq. Akak bila lagi? Boleh saya pergi ujibakatnya. hehehe...
Salam D'rimba da byk kali k.ogy ke Rumah Pena pernah buat penggambaran lg disana mungkin kta x pernah jumpa smasa k.ogy disana. Bonda Fauziah Nawi mmg Pelakon yg HEBAT tu mmg x bole dinafikan k.ogy sndiri minat sgt2 kat lakonan dia mmg berkesan dan semulajadi.Itu yg dia bole bertahan hingga skrang alamak k.ogy x mampu lg la nk tubuhkn apa2 kumpulan sorry ya dik.
salam akak...apa khabar?? hope u r doing fine and have more fun & valuable time with cik minah..
cant wait to read your new entry! cter pepe pun x kisah akak, janji sentiasa update...
sayang akak..all d best dear!
salam
akak ogy....!!!!
bila lagi nak sambung crita2 best blog akak ogy ni?
cepat akak ogy oooiiiittt....
jgn lama2 sangat... jiwa cek dah `jadi kacau` ni...
mana cimina tu...mana dia??
dah kena saman ka???
cek dah tgk MURABBI, KERANA KASIH dan BILA MAMA PAKAI CELANA... tp yg betui2 buat jiwa cek 'jadi kacau' mmg BMPC laaa....
lawak gilak akak ogy... thn depan depa kena calon akak ogy pelakon komedi wanita popular laa... hah bintang popular dlm genggaman la...babai nabil... kukikukikukiii
kak ogy update la blog ni....huhuuuuhuhu...tiap2 ari sy bukak blog kak ogy ni tapi xde citer baru pun...juz update komen jer...kak ogy bagus gak kalo kiter wat gathering tuk pembaca blog ni....macam yg rose bgtau 2...100% sy sokong....hidup kak ogy...
salam kak ogy.. harap2 sehat yer ngan cik minah.. bz ker sekarang kak? saya tunggu cerita baru dalam blog ni.. lama akak tak hapdet.. setia menanti you!!
kapan entry baru nyaaa ibu ogy....hahaha
Salam KasihNash,Pieya,Nadiah2020, new entry da update da. To Robb, tqvm for d compliment n hope u'll keep on visiting my blog.
mmg tengok cerita ni....
menusuk ke jiwa kisah seorang pendidik yang berkorban sampap sanggup tinggalkan sementara suami dan anak...
100 stars for murabbi!
Post a Comment