Simfoni rayuan kalbu
Membisik rasa pilu
Hati rindu
Pohon daku di angin lalu
Bawakan lah simfoni syahdu
Sampaikan lah rayuan hatiku
Untuk mu simfoni kasih ku
Itulah lagu ''SIMFONI KASIH'' ciptaan arwah ayah saya Hj Ahmad Daud dan lirik nya di pena kan olih Dato Rahim Razali.Lagu ini merupakan lagu tema untuk filem ''ABANG'' dan saya diminta untuk menyanyikan nya. Memang bukan mudah untuk menjadi seorang penyanyi lagi-lagi kalau penerbit lagu itu merupakan ayah saya sendiri.Arwah ayah begitu teliti dengan sebutan, teknik nyanyian,pernafasan,pemahaman cerita disebalik lirik,phrasing,dan berkali-kali beliau katakan kepada saya bahawa nyanyian itu adalah sebuah penceritaan jadi bagaimana Fauziah nak sampaikan cerita dengan berkesan kalau Fauziah sendiri tak faham apa yang Fauziah nyanyikan?Bagaimana mereka yang mendengar nyanyian Fauziah dapat merasakan apa yang Fauziah nyanyikan kalau Fauziah sendiri menyanyi tanpa emosi?
Ayah..hari ini genap tujuh tahun ayah kembali ke rahmatullah.Terlalu banyak kenangan indah,manis,lucu bersama ayah.Fauziah rindukan kucupan ayah di dahi Fauziah setiap kali kita bertemu,Fauziah rindukan gurau senda ayah yang sentiasa menceriakan suasana,Fauziah kagum dengan sifat ayah yang gemar menolong sesiapapun tanpa mengira bangsa dan agama, Fauziah kagum dengan sikap ayah yang peramah dan nasihat ayah kepada Fauziah supaya jangan sombong pada peminat Fauziah akan pegang nasihat itu hingga ke akhir hayat Fauziah. Ayah selalu beritahu Fauziah ''TAKUT PADA ALLAH TAPI SENTIASA MENGHORMATI SESAMA INSAN TAK KIRA MEREKA ITU TUA ATAU MUDA''








Hmmm....tak habis2 Kisah Cik Minah dan Cik Pojiah ni!!!
Celoteh Shasha...Oooppss! Sorry Ummi Celoteh Cik Minah!
Shasha menangis dan menjerit "Ummmmmmmmmmiiiiiiiiiiiii!!!!"
Apakah yang terjadi????? bersambung.............
"MURABBI" - "REBUT PAHALA JIHAD SEORANG MURABBI ITU CIKGU"
dari kiri : amy salmiah, norsuhaiba, sharifah alesyha,sharmaine, shireen dan siti fauziah
Rosminah Tahir sbg Hjh Salmah. Beliau adalah salah seorang Dekan di Aswara yang merupakan guru saya sedang membaca skrip. Di sebelah tu anak murid dia..sayalah tu sedang merenung ke tanah.. apa sebabnya?? Biarlah rahsia...
Zulkifli Ismail sebagai Hassan telah berjaya memberikan lakonan yang berkesan. Tahniah Zul!!
Kemunculan pertama Siti Fairus sebagai seorang pelakon. Siti, u memang ada bakat sebagai seorang pelakon dan saya gembira dapat mengarah anda..
Orang2 penting dalam sesebuah produksi. Tanpa mereka, gambar pun takde..mereka inilah krew2 teknikal. Bekerja keras mereka walaupun cuaca panas.
Latihan bersama pelakon sebelum perkataan "Action" dilontarkan oleh pengarah.
Adegan penuh suspense!! Sarina ingin membunuh diri tetapi berjaya di halang oleh kawan2 serumahnya..Seriau jugak saya tgk Alesyha bermain dengan pisau. Anak cikgu Fatimah Abu Bakar ni memang berbakat besar seperti kakak2nya. Begitu juga dengan Amy, Siti Fauziah dan Shireen
Macam nilah keadaan di lokasi sebelum penggambaran, yang duduk di bawah tu bakat baru yang dicungkil ketika sessi ujibakat Hari Terbuka FINAS. Namanya Kamal, dalam teleprima ini membawa watak Tajul tapi cara duduk dia tu dia ingat dia pegang watak Hang Tuah. Dia tengah keliru laaa...Tolong maafkan dia..Jejaka yang sedang membelakangi anda itu adalah.....bersambung di bawah...
Inilah dia jurukamera / pengarah fotografi drama ini yang bernama Bai yang banyak membantu saya sebagai pengarah dengan memberikan hasil kerja yang bermutu dan mencapai tahap piawaian SIRIM..
Yang sorang ni, perlu ker diperkenalkan lagi?? aaaa...tolonggg!!!! cakap ngan pompuan ni jangan perasan boleh tak, pompuan ni jawab balik...akak punya sukalah akak nak perasan..akak kan adik bongsu Meryl Streep...lagipun ni blog akak...he he he (jangan marah..nanti kena jual)Bakal Artis Antarabangsa..Tidaakkkkkkk (voice over Cik Pojiah)
Jadi tanpa membuang masa, kerana masa selalu mencemburui kita(dialog klise yg smua pengacara kena sebut setiap kali bila program da ''Overrun" yg slalu kene akak laa...hehehe...) Marilah kita bersama-sama menyaksikan episod ke dua telenovela ini.
Celoteh Ogy
Assalammualaikum,
Pening kapala akak!!! Adakah akak telah memberi nama yang salah??? Oh tak mungkin tak mungkin itu terjadi (ni lirik lagu D'lloyd tau or maybe kumpulan Mercy or watever la....)
Alamak!!! salah persatuan lahh shasha call!! Bila cik pojiah mendengar cik minah membahasakan dirinya dengan panggilan shasha, cik pojiah pun melontarkan vokalnya bagaikan seorang penyanyi opera dengan berkata "cukuplah2 lah berangan nak jadi shasha, awak tetap Cik Minah di dalam hatikuuu!!"
Assalammualaikum,
Macam tak percaya saya jadi blogger!! ni semua idea Eizlan Yusof lah pelakon tuu... yang baru-baru ni berlakon dengan saya dalam cerekarama berjudul "Kerana Kasih" yang akan ditayangkan pada 30hb Mei ini jam 10.o0 malam di Tv3. Rugi kalau tak tengokkk tauuuuuu.....dialah yang beria-ia buat blog untuk saya...siap daftarkan lagi... haihhh... Baik betul adik saya yang sorang ni..terima kasih banyak2 Eizlan... I am having fun!!
Skrip nyerr... Memang sedu sedan citer ni...

Tengok renungan makrifat akakkk... Tengah menggali watak lah nie... Hehe
Eizlan Yusof sebagai Sani, Saya pula sebagai Aida dalam salah satu adegan drama ini... Lannn, tengok ini... Akak promosi wajah mu sebab adik daftarkan blog akak kannn... Memang mantap lakonan eizlan yusof sekarang.. Keep up the good work Lan!!
Tengok betul betul tangan akakk tu.... Tangan pun mainkan peranan dalam lakonan, ini yang dikatakan tangan pun berlakon, kalau salah penggunaannya tu yang akak akan kritik..."Nak kena katokkkk ka tangan tuuuu" ingat tak dialog akak dalam A.F 5?? hehehe
Siapa yang tak kenal pompuan ni memang tak mengikuti "Sehati Berdansa". Dia telah berjaya menarikan tarian dari benua Afrika dengan jayanyaaa... Syabas Amyza Aznan. Dia pun berlakon juga dalam drama "Kerana Kasih" jadi isteri kepada Eizlan...
Kena serangggg dengan amyza di pejabat... Tapi dia takut nak tampar akakkk betul betul... Ada kerr??? Org kasi peluang dia tolak tuah... Watak dia sebagai Aryati dan dia nie memang kepala bestttt!!

Yang berbaju belang tulah pengarah drama ini...namanya Hanafiah..nama glamour Hans memang dia takde kena mengena langsung ngan Hans Isaac!! dia bukan pening kepala pasal saya okkkk....tapi dok pikiaq camne lah nak buat drama nie macam filem "Out Of Africa"...alahh...lakonan Meryl Streep tuh..kakak sulong saya ( takpelah, bagilah akak perasan kejab..)
Terima kasih kepada Azman Razali kerana saya "cilok" gambar2 ni dari blog anda..marilah lawat juga blog kawan rapat saya ini di azmanrazali.blogspot.com dan juga eizlanyusof.blogspot.com.
Smalam tengok tak drama arahan saya berjudul "Murabbi" sempena hari guru di astro prima jam 10malam?? kesian saya kalau takde yang tengok...penat tau jadi pengarah nie...tapi seronok sebab dapat bekerja dengan siti fairus, penyanyi " bila ku rinduuuu, aku tersebut nama muuuu" tak percaya dia dah jadi pelakon..percayalah sebab dia memang boleh berlakon, Lah Ahmad (bekas kumpulan V.E) pun berlakon juga dalam telemovie ni...zulkifli ismail dari "gerak gerak gerak khassss"...pun ada jugak tau...Sharifah Alesyha - anak cikgu fatimah abu bakar adik kepada si nani ( sharifah amani) ada dan students saya ( ketika saya menjadi tenaga pengajar seni lakon di Finas ) pun diberi peluang berlakon dalam drama ini..saya rasa terujaaaaa sesangat dapat mengarah semua para pelakon yang lama maupun yang baru di dalam bidang seni ini kerana mereka begitu gigih, fokus, komited semasa latihan dan bila berada di lokasi...terima kasih semua yang telah menjayakan drama Murabbi ini....terima kasih juga kepada Astro Prima yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengarah dan menerbitkan drama ini....Maklum jerlah...dah 3 tahun saya tak mengarah....Terima kasih juga kepada Hafiz Hamidun di atas penajaan untuk lagu tema drama ini nyanyian Aiman berjudul Cinta Terakhir. Bulan depan tau diorang akan release album ini...beli tau jangan download jerrr...cian penyanyi2 kita..
Rasanya cukup sampai disini sayang celoteh ogy untuk kali ini..
Bila dapat gambar2 drama Murabbi nanti saya upload kan lagi yaa...

