MIKAIL ( MICHAEL JACKSON )
1958 - 2009
Minta maaf la sebab da lama betul tak update blog saya nie. Terlalu sibuk dengan latihan teater Intan Yang Tercanai, lakonan drama terbaru saya yang bertajuk DIVA-DIVA PENCEN, kena hadir meeting untuk konsert Jamal Abdillah dan mengacara majlis Laman Santai di Istana Budaya, bukan mengacara jer kena nyanyi lagi. Terlalu sibuknya Cik Pojiah nie sampai Cik Minah da merajuk kat Cik Pojiah. Cik Minah bila merajuk teramat lama la nak memujuk dia kalau buat drama adegan Cik Pojiah memujuk Cik Minah boleh overrun la adegan pujuk memujuk nie tapi Alhamdulillah Cik Minah faham Ummi dia gi keje bila Cik Pojiah terangkan kat dia kenapa semenjak dua menjak nie Ummi dia asyik balik lewat je.
Banyak sangat cerita yang nak di ceritakan mengenai aktiviti saya sepanjang bulan nie tapi sebelum tu saya juga nak luahkan rasa kesedihan saya diatas kematian KING OF POP MICHAEL JACKSON. Masih ingat lagi pergi menonton konsert beliau ketika beliau mengadakan konsertnya di Kuala Lumpur. Michael Jackson memang ''HEBAT TERAMAT SANGAT SEBAGAI SEORANG PENGHIBUR'' tapi yang akak tak boleh lupa kehadiran seorang lelaki yang berpakaian lengkap seperti seorang pahlawan JAWA, dia duduk dikalangan penonton dan nampak relaks jer sambil menghisap curut, akak ni mata seorang pengarah jadi dok perhatikan dia la dan hati dok bertanya siapakah gerangan jejaka itu??? Penonton yang hadir malam tu semua excited giler dok teriak nama Michael sebelum lagi Michael muncul di pentas termasukla akak nie!!! Ya lah, akak kan membesar dengan lagu2 dan menonton video clip Michael Jackson yang memang VASS la kan masa tu sampai sekarang ni pun kita tak dapat lupakan lagu2 dan video clip beliau seperti ''BEAT IT, THRILLER dan banyak lagi la.
Berbalik kepada jejaka berpakaian Jawa tu akak pun terus lah memerhatikan dia tak berkelip mata akak nie sebab dah la pakaian dia tu memang VASS dia mempunyai wajah yang sungguh berkarektor,akak pun mula la kepoh tanya kat kawan kakak yang merupakan anak saudara penganjur konsert. Dialog akak 'Wafa, siapakah gerangan jejaka mirip seorang pahlawan dari kepulauan Jawa itu?' Dialog Wafa ' Kenapa? Kak Ogy berkenan ker??' Dialog Akak 'Gila ko dik, abang Eman tu akak nak letak kat mana?'(Masa tu akak masih bersuami tapi dia tak gi tengok konsert) Dialog Wafa 'Habis tu kenapa nak tau? Berkenan la tu kan,kan,kan? Dialog Akak 'Ko jangan mengarut wafa, akak tanya sebab berkarektor sungguh la wajah dan penampilan dia. Ya la semua yang datang pakai t shirt dengan jeans dok jerit2 lagi nama Michael tapi jejaka tu unik la..relaks jer macam dia tak amek pot pun yang ni konsert Michael Jackson?? Dialog Wafa 'Hahaha...kak ogy ni entah apa2 la tau!! Dia tu BOMOH HUJAN pakcik adik yang panggil dia untuk standby manala tau tiba2 jer hujan jadi dia boleh alihkan. Dialog Akak' Ohh..ye ker??Mana la Akak tau, sebab selama nie orang kawin jer BOMOH HUJAN ni enter frame tak sangka pulak konsert artis antarabangsa pun BOMOH HUJAN in demand yer??
Dengan itu maka terjawablah misteri Jejaka Wajah Berkarektor Berpakaian Jawa. Menonton konsert MICHAEL JACKSON pada malam tu merupakan suatu kenangan yang tak akan saya lupakan sampai bila2. Beliau memang dilahirkan untuk menjadi seorang PENGHIBUR, memang saya tidak pernah bertemu MICHAEL tapi saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau dan saya mengucapkan syukur kehadrat ALLAH SWT apabila beliau memeluk agama ISLAM dan bila mendapat berita mengenai kematian beliau saya memang rasa terharu. Kakak saya, Noraini menangis giler sampai habis berkotak2 tisu di rumah saya. Saya takdelah sampai menangis tapi teringat lagu BEN yang dinyanyikan oleh beliau kerana lirik dan nyanyian beliau amat menyentuh hati saya hingga ke hari ini.
THEY DON'T SEE YOU AS I DO
I WISH THEY WOULD TRY TO
UNTIL WE MEET AGAIN
IF YOU HAVE A FRIEND
LIKE BEN......
Whatever people might think of u to me, MIKAIL YOU ARE TRULY A LEGEND AND YOUR MUSIC WILL LIVE ON FOREVER. MAY ALLAH SWT BLESS YOU MIKAIL, AND NOW U ARE SAFE WITH YOUR CREATOR. AMIN
AL FATIHAH
94 comments:
Salam Kak Ogy
ermm saya masih kurang pasti & yakin skrg
Benar2kah Michael Jackson telah memeluk Islam?
Kalau benar, syukur sangat2
Teringat kata2 yg saya pernah baca dulu,
Manusia ni ada 3 mcm pengakhiran
I. Lahir muslim, Hidup muslim, Mati muslim
II. lahir muslim, hidup muslim, mati kufur
III. lahir kufur, hidup kufur, mati MUSLIM
Subhanallah
salam,
alfatihah...
apa2 pun saya tetap minat kak ogy sorang...muuaaahh....
ALLAH BLESS U kak....
Salam zamani kita fikirkan yg baik2 saja la bukan kah kita semua ini ciptaan ALLAH dan cucu cicit Nabi Adam AS? Salam Nurul tkasih minat kat k.ogy so jgn lupa tonton teater terbaru lakonan k.ogy INTAN YANG TERCANAI pd 8hb july hingga 12hb july ni di BALAI BUDAYA TUN SYED NASIR DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA tau. Luv u muuuaaahh!!!
al fatihah tuk micheal jackson...sy xminat sangat artis antarabangsa ni...sy juz minat artis2 veteren mesia cam kak ogy n abg emang manang...hehehe....kak ogy biler konsert jamal yang kak ogy jadi pengacara 2??teringin nak tgk la....plz inform...
salam,
besar impak pemergian mikail di kalangan penduduk dunia,terutamanya yang membesar dengan irama2 beliau. mungkin saya bukan salah satu saripada itu,tapi saya pasti mikail adalah lagenda.
alfatihah.
akak..ada juga akak kenangan ngan arwah kan...sy rasa smpai arini mcm xcaya je dia dah meninggal.
alfatihah..
Myra nak kawan dengan Cik Minah, boleh? Satu lagi, kalau auntie Pojiah nak cari watak baby untuk drama, bagitau Myra, ya? Jomlah jenguk blog Myra. Baru je post entri berlakon dengan Wardina Sayfiyyah. Seronok!
al fatihah buat mikaeel jackson
salam kak OGY...
mmg benar kata sahabat yang 1st tu kan kak...
tapi tak mengapa kita fikir yang baik2 aja mudahan arwah di tempatkan dikalagn org yg beriman...
insyaAllah
Al-Fatihah
Salam akak ogy....
Ambooooiiii rindunya kat akak ogy...
Lama betoi xupdate blog ni. Uhukss...
kat cik minah pun aunty windu noo... dah2 jgn majuk lg.. hapuskan airmatamuu... tu maskara tercabut tuu cik minah.. hehee
Kalinipun cita sedey gak noo...xpala.. apa nak buat. semua kuasa Allah. cek pun mmg minat gila Jacko ni. InsyaAllah dia Islam. Abg dia kata dia Islam, betuila tuuu... Xsgka muda2 lg Allah dah ambik dia. Cek ingat lg tgk grammy award thn brapa tu yg dia dok menang billie jean, beat it semua tu. ms tu cek makan nasi ayam mak sedara cek buat. dia dpt 1 award cek tambah nasi, dia dpt lg 1, cek tambah lagi... mula dr saat tuu..sampaila sekrg, cekpun jadi oberweight..huhuuu...
thn tu pun akak ogy menang award gak kan? zaman dia glamer tu zaman kegemilangan akak ogy gak. sapa xminat jacko ni mmg mudo lagi la ni... xmelalui zaman kegemilangan jacko. artis pop terhebat di dunia ini. the real king of pop of the world. Alfatihah dihadiahkan utk Mikaeel... uhuks.
buat akak ogy... i luv u...
dont nakai2 no...
yela cik minah, aunty luv u2..
dah2 pi kutip maskara tuu..
Salam Pieya,konsert Jamal Abdillah bermula 5hb hingga 9hb ogos dtg tau. Salam Myrabella amboi sedap nya nama comel pulak tu . Mstilah bole kwn dgn cik minah dia pun peramah kdg2 tu terlebih peramah. Wah..Myrabella da jd pelakon yer? Ok nnti ada watak utk Myrabella aunty offer ok n nnti aunty jenguk blog Myra luv u Myra. Salam Yatty, ceq pun rindu kat Yatty maklum la da lama x bersembang. Ciik minah da ok da dia saja jer nk menguji tahap kesabaran Ummi dia, skrg ni dia dok suka menari pantang dgr lagu x kira lagu apa la ceq da penin da nk dia jd doktor awat dia dok syok menari?? Haru betui!! Allah lebih sayangkan Mikaeel dia ada kat dunia pun mcm2 org dok tabur fitnah kat dia lebih baik Allah ambil dia dan kita doakn yg baik2 utk dia dan muslimin muslimat yg hidup maupun yg da tak da lg.
laa akak ogy ada ka tu?
amboiii terujanya cek.. tq akak ogy balas komen cek. cik minah dok buatpa? dah mamam? ummi masak pa pg ni? hahhh...masak asam pedaihh... biaq betoii bg cik minah makan asam pedaihhh... xbrasap ka tinga cik minah?
ummi, xpa...biaq pila cik minah minat nari...dia kecik lg..esok2 dia jadi dr bole ajaq pesakit menari, eksesais utk kesihatannn... hilang stress.. anak cek pun keja dok nari gak. pantang dengaq muzik. tu pun depa xkenai sapa arwah mikaeel. kalo depa tau huhh... lg ligatla tarian moonwalk sampai jadi angkasawan la besaq nanti...
bila cek baca tajuk jejaka jawa akak ogy tu, ingatkan nak cita pasai adlin aman ramli kawin. dia kan pakai tema jawa. rupanya bomoh ujan.. astaga...kembang kempis gak hidung cek tahan gelak.
akak ogy, cek kan mmg xdpt pila konsert akak n abg jamal tu. kim salam ja la kat zack. cek ni jaooohhh kat yokohama. sbb tu jadi yattyoko. semoga konsert berlari lancar no... bawak cik minah pi dak? bole tgk azura n zack reunion. mana tau ada jodoh tu mmg dah kena sangattt....ahakkkss... cek doakan yg terbaik ja laaa... aminn...
sekali lg cek hadiahkan al-fatihah utk arwah mikaeel. semoga Allah tptkan dia di kalangan ahli syurga. amin...
ok akak ogy n cik minah, cek nak pi shopping ni...summer sale.
walaupun ader yang x minat mj.. tapi masih terase kehilangannyer..magik!
mcm ade rase sayu di hatiii..!
i luv the way ur present diri u masa kat PNM dulu...
sgt humble tp knowledgeable!!
Salam Kak Ogy,
Saya pun mcm percaya tak percaya jerk masa dgr MJ meninggal dunia tuh.. Tapi, kene trima r qada' dan qado' Allah...
Walaupun ketika zaman kegemilangan MJ sy masih bebudak, saya ttp suker dia. Cam akak ogy rr kan...:)) suker ttp suker...
Ok bye..
kak g tentang teater intan yang tercanai, mana boleh beli tiket secara tunai selain guna guna kad kredit online kat tiket2u tu.kad kredit tak da lah..hehehe.pernah ada tapi tak nak dah huhuhu insaf....
kalau beli kat midvalley ticket charge sdn bhd boleh ker....sorry kat gi kalau ganggu...
semangat ni nak tengok kak g belakon life ni.....
Al-Fatihah kepada arwah Mikael. ku rasa sedih.
kak ogy.. i like u very the much taw.. nape x bahaskan dalam blog ni.. kak ogy sebagai 'AKAK'.. kan senang.. very the melepss kan.. hehehehe
Salam Kak Ogy,
Hmm... Setiap hari saya buka blog kak Ogy.. seronok gile bila dpt tau Akak da ade blog...
Yela kan, tak dpt jumpe pun, at least dapat ikuti perkembangan melalui blog pun jadi la.
YA ALLAH, BERILAH AKU PELUANG UNTUK BERSUA DENGAN SEORANG BINTANG DAN LAGENDA BERNAMA FAUZIAH AHMAD DAUD.. KERANA AKU AMAT MEMINATI BAKAT YANG ENGKAU BERIKAN PADANYA DALAM DUNIA SENI..
Kak Ogy, semoga sentiasa diberkati Allah.. Teruskan berjuang dalam dunia seni.
yez..as kak ogy said..i pun remaja lagi masa lagu2 hit MJ fofular cam BAD..THRILLER..BEAT IT..sedeh jgk bila dpt berita dia dah tiada..terasa kehilangannya...alfatihah..
hi akak ogy..
nana kan sampai skang mcm tak percaya MJ dah meninggal.. entahlaa..
tapikan nana bukanlah big fans dia tapi tetap sedey juga dgn kehilangan dia..hmmm
moga rohnya dicucuri rahmat.
p/s: akak, nana minatlah dgn bakat akk.. feel free come to my blog yer akk. :)
Salam Kak Ogy.
Lama tak drop by sini.
Terkejut saya bila dapat tahu Mikaeel meninggal dunia. Dia memang legend. Tapi sedih saya bila dia sudah pergi. Macam tak percaya Mikaeel sudah jadi arwah.
Al-Fatihah.
salam..
sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui utk hambaNya...
jap..kalo bapak dh convert...anak2 dier camner ek?x ikut skali ker...cian diorg
Salam Kasih Kak Ogy,
Kak Ogy sememangnya seorang pelakon, penyanyi dan pengacara yang hebat..
Harapan saya agar kak ogy tidak akan mudah putus asa dalam perjuangan seni..
Jika ramai peminat kak ogy meminati lagu Wajah Rahsia Hati dan Bila Bunga2 Berguguran, Saya pula meminati lagu Kisah Cinta dan Simfoni Kasih nyanyian Kak Ogy..
Doa saya tidak pernah putus. Selepas solat saya akan berdoa agar Kak Ogy dirahmati olehNya dan sentiasa berjaya dalam bidang seni.. Tak lupa juga doa agar dapat bersua dengan kak Ogy..
SALAM KASIH DARI RADHI
Salam Umi Cik Minah...
Saya minta izin utk linkkan blog ini dgn blog saya. Tak boleh tidak, tiap hari nak juga jengah blog Umi Cik Minah ni. Saya suka dengan cara Umi Cik Minah bercerita. Tapi kengkadang geram jugak sebab Umi Cik Minah nie sibuk sampai tak sempat update blog. Tak kisah laaa... Yang penting tiap kali ada entry, isi kandungannya menghiburkan hati saya. Aminnn....
salam kak ogy..
1st time drop by...
suka sangat dengan lakonan kak ogy..very versatil...
x sangka akak ada blogs...
adik shukee...
salam kak ogy
semoga m.j adalah seorang muslim..
sorry nak ubah topic sikit...saya still ingat gambar wedding kak ogy dulu. saya masih sekolah (form four)waktu tu,tapi sampai saya umur 35 thn sekarang ni, i still remember and admire how beautiful you looked on your big day.. Masha Allah so stunning..(saya suka tgk kak ogy pakai baju putih pastu ada bunga kecik2 kat kepala...if i'm not mistaken..)Kalau tak keberatan, share kat sini boleh? Tak boleh takpe...saya paham!
Lastly, Al-Fatihah utk MJ.
I like Heal The world...mmg tgh plan nak wat choir lagu tu untuk my skul!!
kak ogy saya baru baca blog akak semlm..1 hr habiskan membaca kesemua blog sis...ermm best blog sis ngan cik minah tuh ekk...tersenyum melihat keletah n dialog2 akak...pasni akan selalu singgah blog akak...nti singgah la plak blog saya yg ala2 biasa gitu ekk.. :-) luv u kak ogy..
Intan yang Tercanai..
Rasa cam nak gi tgk jer..
Kalo gi tgk, leh jumpa kak Ogy... :)
selamat berjaya dengan teater terbaru kak.
Umi Che Minah!!!
Bila nak update blog... saya sudah kangennn....
Salam k.ogy...first time masuk blog akakkk tau hehe
Bersyukur jika Michael Jackson benar2 masuk Islam. Saya pun peminat fanatic dia juga, bila dengar dia meninggal saya menangis tersedu2 lagi. Hilang sudah KING OF THE POP.
Al-Fatihah...
coretan ttg ayah buat saya sedih. mengalir air mata sbb tahu kak ogy mmg jenis manja walau mulut laser. mak kak ogy antara wanita yg saya adore sgt2 akan bakat dan kejelitaannya.muka akak persis ayahanda dan senyuman ibarat bonda. kak ogy sudi2 la singgah dan beri komen secoet pada blog saya yer...muahhh!
salam sejahtera cik asmidar,
saya cuba nyanyi lagu simfoni,tapi tak masuk key la.anyway i think cik minah seakan akan rupa akak masa kanak2 dulukan (dalam filem hati batu).sayang akak ogy daa..
kak ogy , Norzizi Zulkifli dan Juhara Ayob memang hebat dalam intan yang tercanai.Inilah penangan orang berpengalaman.Puas hati sangat tengok kak ogy dalam teater tu.Pakaian lembaga juga sangat cantik......dan last kat ogy memang cantik malam tu....betul....ikhlas ni..cantik sangat.....
Kak Ogy!
Citer la pengalaman Ali Setan. Salah satu Filem Melayu Terbaik yg pernah dihasilkan!!!
Mesti ramai nak baca.
takziah untuk family MJ...
anyway...kak ogy.. congrats...intan tercanai memang best...first time yushards tgk teater...mmg 'hidup' laa teater tuh...yushards rasa mcm da terjatuh cinta plak ngan teater...hehe...
good job kak ogy!
salam....ari ni(13 julai) saya masuk kedai 7eleven n terbaca majajah MEDIA..baru la saya tahu kewujudan blog kak ogy ni....best dpt baca sebab kelakar dan menceriakan....dalam pada itu, sedih juga dengan coretan tentang kak ogy arwah ayah dan ibu kak ogy,seniman dan seniwati terulung negara.....alfatihah untuk kedua2nya...moga2 mereka dalam peliharaan dan kerahmatan ALLAH swt...amin... begitulah kehidupan ini, yg tiada sudah tertulis takdirnya, namun yg masih hidup ini, kita wajib meneruskan hidup, terutamanya demi orang yg kita sayangi selain drp menunaikan tjawab sebagai hambaNYA.
salam singgah ke blog kak oGy....
ni 1st time singgah kat sini....
memang tak tahu yg akak ada blog.....
MJ @ mikail...penuh dengan kenangan......
Salam Kak Ogy...
heheh kisah bomoh hujan rupanya,....
salam k ogy..dh lama doreen xbuat komen apa2..bz la akak...byk benda nk pk..byk keje, nk pk psl the next2 trip, ni nk kna pindah umah plak...ish2...
tp, cter psl Jacko ni kn..doreen pun sdih gk...rs xcaya jeh..mcm2 versi kt London nih...kt smua saluran radio ada lagu jacko..masa g Milan, Itali ari2 pun smer cter psl jacko...rs sebak jeh...seluruh dunia la bercakap pasal jacko(kalah lady diana!)...
but i can see him as a very intelligent n humble person...semoga rohnya dicucuri rahmat..hanya ALLAH yg maha mengetahui...
take care akak..
luv u!
Salam Kak Ogy,
apa kabar? harap2 Kak Ogy & anak sihat hendaknye.
hmm bercerita psl Mikael/MJ ni dah mcm2 yg sy dgr tupun melalui email, media electronik esp dlm E-News...ntah lah br2 ni dpt email mengatakan kematian Mikael/MJ ni satu konspirasi...Wallahualam...
nak sy copy & paste kat sini x muat la....xpa...mungkin kak Ogy dah dpt kot email tu...apa2pun kalau kak Ogy x penah dpt email tu...gitau la kay?
ok take good care of urself & ur lovely daughter..
Salam kak Ogy,
Tie tetiba terjumpa blog akak ni. Tak sangka akak masih ada masa, ya...
Tentang MJ tu, Tie rasa kesian gak, sebab jenazahnya belum disempurnakan lagi. Kalau betul dia tu Muslim, sepatutnya imam yang dikatakan bersama dia ketika mengucap syahadah tu harus bertanggungjawab... Simpati sangat2.
Psst- Tie memang minat lagu Simfoni Kasih. Lama tak kedengaran di radio. Selalu nak nyanyi sama, ekeekekeke.....
salam pknalan kak ogy..
seronoknya dpt msuk blog kak ogy ni...mcm x caya lak...:D
rajin gak akak brblog ye...
windu nk tngok akak nyanyi lg...bunga2 berguguran..huhuhu..
alfatihah untk MJ
Kak Ogy,
Blog dah KEJUNG ni..
AlFatihah untuk Allahyarhamah Yasmin Ahmad..dan andai kak Ogy akan menulis tentang berita ini di blog ini..seperti sesuatu keajaiban kerana 3 entry kak Ogy berturut-turut berkisar kepada "kehilangan"...
cheAbang
call saya aishah 0175188358
kak ogy tlg la post new entry....tiap2 ari sy bukak blog ni dengan mengharapkan ada entry yg baru...tapi xdok gapo2...huhuhuhu...
kak ogy kasi berasap ini blog ngan gaya penulisan yang agak laser lam blog ni...i miss that!!
Asskm Kak Ogy..saya memang minat sngt2 dgn akak dari dulu sampai skrg.Sampai kan ayah saya pun hairan nape saya btl minat giler dgn akak,pulak tu dgn akak nya filem yg dulu2 mcm Ali Setan,Azura,Abg & tu semua saya simpan buat collection.Mana tau akn dtg sudah tkde copy lg filem2 tu di kedai jd saya rembat dulu lah..akak ni best lah saya tengok walaupun tk bersua muka dan bertentang mata tp saya dpt rasakan akak nie org nya mcmana seorg yg gila2,sporting,jujur dan ikhlas dlm sgala hal.Klau bleh saya nk sngt jumpa dgn kak Ogy.Tp tk tau eh bila..lagu arwah ayah Kak Ogy yg saya suka 'Pontianak' dgn simfoni.Anak Kak Ogy cute sngt,teringat saya pd anak saya sebiji sama comel2 nya tu.
Salam akakku...
Salam pejuang seni sekalian, di sini saya ingin meluahkan sesuatu yang sedikit menyayat hati tentang bahasa kita bahasa Melayu. Saya secara peribadi amat kecewa dengan penggiat seni tanah air apabila bahasa Melayu diperkotak-katikkan diam seribu bahasa....Sedangkan karya seninya banyak dalam bahasa Melayu..Kenapa tidak bersama pejuang bahasa mempertahankkan bahasa Melayu itu sepenuh jiwa.....
salam ummi pojiah dan buat littleprincess cik minah @ shasha (glamer tu)
mikaeel dan yasmin ahmad dua insan yang terlalu unik. pergi mereka tanpa penganti. sama seperti Hj Ahmad Daud, Saadiah, P ramlee dan semuanya. kita masing masing ada keistimewaannya.
moga roh mereka dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT. amin
buat ummi pojiah, take care and good luck
buat cik minah @ shasha.. kalau uncle sudirman boleh jadi singing lawyer, cik minah leh jadi singing doctor. wat say ummi pojiah???
he he he
As Salam Kak Ogy,
Salam pelok ciom dari saye di Singapore. Alhamdulillah, dapat jugak Lily cari blog Akak ni. Oh by de wy Kak. My daughter's about de same age as ur daughter tau. Name pon lebih kurang same jugak. Name anak prempuan saye ialah Nur Ikramina Asyura. Ade jugak "Amina" kat dlm name tu and she's born in 20.02.08. Salam perkenalan kak. (^_^) Akan saye bloghop kat dlm blog Akak ni slalu... hee hee...
akum kak ogy..
sy minat sgt ngan cite yg akak blakon dulu2..
macam ali setan, puteri, rentak desa, abang..
tapi da lama saya cari cite rentak desa, x jumpe2 la..
teringin sangat nk tengok lagi skali..
puas cari kat kedai2 vcd tapi xde..
mak sy pon nk tengok cite abang, tapi xde gak jual kat kedai..
huhuhu.. sedeynya..
slm...hi k ogy...
sy da pn nonton Intan Yang Tercanai...mantap!
dpt gak bersalam + bergambar wit kak ogy yg baik hati...best3...
actlly, sblm nie xminat ngn MJ
tp my little bro minat sgt...sy pn try tgk + dgr dvd MJ...wahhh...bestnye lagu2 dia...btullaa org ckp xkenal maka xcinta...
alhamdulillah if btul MJ da masuk Islam (^_^)
Salam buat you kak Ogy....
Saya berminat untuk membuat filem dan mempunyai modal yang besar, bagaimana boleh kak Ogy jadi penasihat atau bimbing saya menjadi producer berjaya?...tak kan nak suruh tolong sajer jer kot...mesti ada komisyen....
Assalamualaikum kak OGY, sopan2, Akak, Buat suara sengau2 gitu ye..sall meeemang suka bangat ngan akak. dapat gak blog akak ni.tu pun sall ambil pd kawan. rindunye pd akak...
Salam mesra buat Cik Ogy, bagus juga yer ada blog nih, dpt brkenalan ngan org yg dekat dimata tapi jauh dihati. Mustahil juga untuk dapat menyapa, sbb tokma nih org kecil jer cik Ogy.
Dulu selalu nengok wayang kalau Ogy yg jd heroin nya. Jauh dlm hati, "berbakatnya amoi nih". Itu pun satu doa jugak kan!!! sekarang lihatlah dunia...'amoi' nih dah sampai ke kemuncaknya. Alhamdulillah. Mungkin Ogy tak tau, ada ramai lagi yang mendoakan kejayaan Ogy.
Maaf yer 'G' tokma terlebih cakap lak nih. Kita kenal pun belum. Kalau tersilap tulisan harap dimaafkan sekali lagi. Salam dari Cheras.
salam kak ogy:)
hurmm,,takziah untuk mj:(
sedih benar saya dgn pemergian arwah:(
salam kak ogy saya ada menonton teater intan yang tercanai didbp lakonan kak ogy pada hari kedua teater itu dipentaskan...saya dan tunang saya duduk di depan sekali...semasa akak duduk di pentas tuh akak ada merenung terus kepada tunang saya sehingga tunang saya terkejut...nak ketawa pun ada tengok gelagat tunang saya...seram katanya bila akak tenung dia sebegitu takder la lama dalam beberapa sec jerk...tapi saya ucapkan tahniahla kak atas lakonan akak yang mantap...hari tu kalau tidak saya datang bersama abg sepupu saya encik rashdan baba tapi dia ada komitmen hari tu..so hanya saya dan tunang saya saja yang datang...kenalkan en rashdan baba..gandingan akak dalam drama rosanita dulu..tak igt tahun berapa...erm..ok la kak saya doakan akak semoga berjaya di masa2 yang akan datang...
Salam...
PENGEDAR PROTECUR-100 DIPERLUKAN DISELURUH ASIA...
Tahukah anda bagaimana untuk mencegah H1N1???
Insyaallah…PROTECUR-100 dapat membantu untuk mencegah wabak yang semakin mengganas menyerang kita semua. Produk kami adalah semulajadi dan ia juga boleh dikatakan anugerah daripada ALLAH SWT kepada hamba-hambanya apabila kita ditimpa masalah begini.
Marilah bersama-sama kita memeranginya tanpa keluhan dan putus asa. Ia menyerang tanpa mengira usia, warna kulit, tanpa belas kasihan(no mercy) dan tanpa memberi amaran. Kini virus H1N1 ini berada dimana-mana untuk memusnahkan kehidupan kita.
Jangan teragak-agak untuk mencuba penawar ini sebelum kita diseranginya.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT…
Hanya RM 38 sahaja sebotol dan tak rugi untuk mencubanya demi keselamatan diri sendiri dan keluarga tersayang.PROTECUR-100 juga dapat membantu pesakit-pesakit yang mengalami masalah:
Kencing Manis
Gaut
Buasir
Penyakit Kelamin
Sinus
Tekanan Darah Tinggi
Obesiti
Penyakit Kulit
Keputihan bagi wanita
Tahap Ketahanan Badan Rendah
HIV Positif
Batuk
Demam
Selsema
Tonsil(Sakit Kerongkong)
Radang Sendi
Sakit Urat
Jerawat/Jeragat
Hubungi ajen-ajen yang tertera didalam blog saya atau anda boleh terus menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
(Ross +6012 4102368 / Mikhail +6012 4839622)
PENGEDAR DIPERLUKAN DISELURUH MALAYSIA.
http://www.protecur.com/
Selamat Menyambut Hari Merdeka..!
Tcare...Wasalam.
salam mama ogy.... :p juz drop to say hi.....salam ramadhan ok....
td tgh search dlm youtube....terjumpe vid clip mama ogy tyme muda mudi dolu2....
http://www.youtube.com/watch?v=DiOvK4eGIhM
besh gak layan lagu mama ogy ni....xde nk rancang wat album kompilasi ke? mesti beshh....
k la...c ya mama ogy n cik minah :D
akak ogy...selamat berpuasa n selamat hari raya aidil fitri..i've been very busy + still no internet connection after moving home!!!!
take care akak....
luv u muahs
SALAM KAK OGY...SAYA NI PEMINAT SENIWATI SAADIAH...SAYA MEMANG SUKA CERITA2 YANG DIA BERLAKON ZAMAN DULU2..HEHEHE BOLEH TAK KAK OGY CORET SERBA SEDIKIT MENGENAI SENIWATI SAADIAH..HEHEHEHE
thanks
Salam ziarah
hai kak Ogy...Selamat Hari raya...sedihkan kalau parents kita dah tak de especially bila time nak sambut raya ...yang hidup pasti akan mati...
Salam sayang buat kak ogy...muahhhh
Assalamaulaikum Kak Ogy,
Nice blog and interesting..saya suka tengok drama kak ogy...
Salam remaja purba!...
Waduh capek capek gue mau nyampei blog ini...3 tahun 3 malam berjalan!
last last nyampei blog remaja purba ni huhu!...
lihaaatlah keindahan!
Segamat Hagi Gaya!
Layan4u, Bacaan Masa lapang Yang Panas Untuk Dilayan
Salam Kak Ogy,
Ingin saya betulkan tanggapan org ramai terhadap the late MJ. He died in his faith and not in Islam. He was buried in Catholic way.
Boleh refer kepada tweeter Oprah, La Toya dan E!News.
Thank you.
salam kak Ogy...
seronok baca blog akak nihh lebih lebih lagi cerita tentang Most Famous Arwah Dato ahmad Daud.." you should be proud uf him...sya nih memang respect seniman dan seniwati zaman dulu dlu dari skg...anyway akak teruskan usasah berceloteh yang bershaja nih..sebab i know ni semua adalah dari dalam jiwa akak yang bukan plastik and hipokrit...
akak jgn lupa layari blog sya yer..sya dah kerja di makkah ..hampir 2 thn dah...dah lama kita tak bertemu..salam from azli makkah..
byee.
walsam
www.manzlie-makkah.blogspot.com
Salam kak ogy....
ni 1st time sy masuk blog kak ogy...sy minat kak ogy dan celoteh2 gila2 kak ogy hehehehe..... do reply me...& follow me please...i follow u
salam...
Salam Kak Ogy aka Cik Pojiah :)
I am one of ur millions of fans la akak... so happy to have read this blog sebab menghiburkan dan yg paling utama saya dpt follow ur stories and ur funny anecdotes. Mcm kisah Mikail ni, ingatkan nak citer dgn detail betapa hebatnye konsert dia tp bomoh hujan jugak yg terlebih popular di mata akak hha...
Thanks kak Ogy for doing this... and comel la ur daughter Shasha so nakal... like ummi like daughter.
Semoga hidup kak Ogy bertambah ceria dan berkat...
salam kak ogy..bila nak letak gambar bb pula..nak tgok si comel dan ibunya beraksi depan camera~~ i love kids
Salam Ogy...pertama kali ziarah blog ini dari seorang rakan blogger...
Tapi...kenapa dah lama tak berupdate...teringin sgt mendengar cerita2 terbaru dari Ogy...
Saya adalah peminat Ogy dari dulu...hingga sekarang...
Semoga sentiasa berjaya dalam kareer....
yeah..jumpa jg page kak ogy..kalau drama tu ade kak ogy, mmg superb la..celoteh kak ogy memang terbaik..go kak ogy..u superb la..
Assalamualaikum kak Ogy!,
so very happy jumpe your blog! anyway, first and formost, hopefully, you and your beautiful daughter berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu.. Nadeera suke sangat baca your blog especially pasal cik Pojiah and cik Aminah.Terhibur! Kak Ogy memang versatile. And Nadeera mengagumi kak Ogy. be it dalam bernyayi, berlakon, mengacara, pelawak...Masa zaman kegemilang kak Ogy, Nadeera baru je dilahirkan di dunie.. emmm.. 1987.. so takpe la eh, i call you akak pun kirekan boleh eh?.. Hopefully, i will see you more active in TV...Always supporting you kak Ogy! love ya.. May Allah bless and give all the happiness to you and your Aminah.. Amin!
Nadeera(peminat setiamu, dari Singapura)
salam kak ogy..
seronok bca blog kak ogy yg sungguh menarik..
jgn lupa add http:/mealadiescollection.blogspot.com ye..mea bru nk blaja buat business scara on9..harap kak ogy sudi beri sokongan..
saya x membesar dengan lagu michael tp yg saya ingat...sekali saya dgr lg beliau saya trus jatuh cinta...(waktu tu black n white)...msg yg disampaikan, musik...semuanya hebat....he's a legand...
kak ogy, great blogs, very inspirational. anyay, ur very pretty now and before... im only 20 years old. ive seen u on Nona and u was really cute...i mean the last nonatv3 where they recap those old school episodes. ur really cute and pretty. i adore u for ur talent.love u.ur not a gold in this industry, more like platinum i wud say.
hani iryani
Kurang pasti, tapi itu yang diberitahu orang...harap2 dia sememangnya masuk islam.amin..
:) (:
Salam Kak Ogy..
Baru ni saya perasan ada blog akak.. Teruja juga la dibuatnya... Terasa dekat ngan orang popuglam memang tak pernah nak sangka.. Apatah lagi yang popuglam tu orang yang saya minat sejak dari dalam buaian lagi.... Dah masuk 2010 ni... blog akak tak buat apa-apa ke ? Tak sabo nak tatap celoteh celoteh drmu akak...
Moga pada setiap hela nafasmu sentiasa ada Berkat Ilahi......Wassalam
salam kak...
arinie br sy terjumpa blog akk..tp cm dh lm xupdate je..heheh..neway sy minat ngan akk coz akk cm jd diri akk sebenar setiap kali atas pentas..xpenah pura2 walaupon pelbagai kata2 dr org sekeliling...
sebenarnya sy tertarik ngan cite lelaki jawa yg akk describe tue...based on cite akk tue, sy rasa sy kenal lelaki jawa tue...sbb sy taw die lah yg bertanggungjawab mlm tue tuk pstikan konsert tue xujan (pape pon kuasa Allah mengatasi segalanya)...bg sy lelaki jawa tue seorg yg sgt berhemah n tinggi pekertinya...sy sekeluarga dh lm kenal die since sy kecik....n wat pengetahuan akk, lelaki jawa tue dh menemui penciptanya..kalo xsilap sy dh nk msk 2 @ 3 thn...sedey..sbb kehilangan org yg berwibawa mcm die...
Salam kak Ogy.
Sukanya dpt buka blog akk. Tima kasi wat abg.aznil coz dari blog dia sy dpt buka blog akk.
Tak sangka kak ogy ada cik minah.
Pasti hdp akk semakin ceria sekarang. Rajin-rajin lah update blog akk. Bg sy xdpt call dpt berblog pun jadilah. Kak,sy minat kat akk sangat......
Salam kak, saya syazwani tringin nk exchange link dgn blog akak, kalo sudi lah. kalo stuju blh reply saya kat srcantik@gmail.com
diharap membantu.
Salam kak ogy, crita la skit kisah akak mase shooting cerita Ali Setan, upload la gambar-gambar akak masa zaman tu...saya student USM jgak dulu, bila tonton Ali Setan sedih rasanya...teringat kisah cinta lama. Trima kasih kak.
salam kak ogy, crita la kak mase akak shooting filem Ali Setan dulu, upload le gambar-gambar akak zaman tu..sya bukan apa kak sedih tgok Ali Setan...tringat sya zaman-zaman study, bercinta kt USM
Seronok baca blog you Ogy. I memang peminat you nombor wahid. Dulu masa you and Zulkifli Ismail shooting drama Basikal di UM tahun 80an, I student di sana. Kita tengok dr jauh you all shooting. Ingin nak tegur tapi segan. Rasa menyesal pulak tak tegur. Sampai hari ni, tak berpeluang lagi tengok Ogy live. Mak I ada tengok you masa di Mekah.I like your personality Ogy. My mum pun minat kat you and your late parents.Wish you and your little princess a happy life ever after.
hope akak ogy gembira selalu
Kak Ogy, saya tak sangka kak ogy betul2 meminati dia.. tapi saya admit yang dia memang takde penggantinya.
Salam kak ogy...bila nk update blog ni.tak sabar nk tau citer terbaru kak ogy.Saye adalah peminat fanatik akak masa sye sekolah menengah lagi.
Salam singgah yaa....
Salam k.ogy...
kunjungan dari bumi sakura...
moga akak sihat2 selalu...
al-fatihah
Post a Comment